Politik SAPP-STAR: Hanya Main Wayang Untuk Gagalkan Kemenangan PAKATAN HARAPAN Meraihkan Kemenangan Dalam PRU Di Sabah?

Semasa melayari laman siber baru-baru ini,saya ternampak satu analisis politik menarik lagi unik yang menyentuh tentang sokongan suku kaum KDMR dan suku kaum Cina terhadap parti pembangkang di Sabah.

Menurut penganalisis tersebut parti  pembangkang  rakyat Sabah ada lah terdiri daripada pelbagai suku bangsa Cina-Bumiputera Islam (Melayu) Kadazan-Murut dan Dusun saperti Parti KeAdilan Rakyat (PKR) DAP dan AMANAH bagi parti nasional.

Sementara parti tempatan Sabah tidak kurang pentingnya juga mendapat respon dari seluruh kaum rakyat Sabah ialah Parti Warisan Sabah  (WARISAN).

Manakala parti-parti pembangkang Sabah  yang lainnya seperti Star-SAPP-PCS dan Parti HARAPAN ternyata kurang respon  dari rakyat berbilang kaum.

Sedangkan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut dan kaum Bisaya sendiri  kurang minat menyertai ke empat-empat parti pembangkang ini khusus nya parti STAR dan SAPP kerana sebab latar belakang presidennya kurang baik pandai putar belit.

Antara sebabnya kenapa konon suku kaum Kadazan-Murut-Dusun-Cina tidak berminat menyertai parti SAPP-Star disebabkan presidennya  tidak jujur dan mereka berdua Yong Teck Lee dan Dr Jeffry Kitingan pernah mengkhianati para pengundi Dusun-Kadazan Murut dan Yong juga terlibat sama menipu pengundi keturunan cina pada PRU13 lalu.

Sepatutnya PAKATAN RAKYAT pada masa itu menang dan  sudah   mentadbir Negeri  Sabah disebabkan berlakunya  sabotage  yang dilakukan oleh Star dan SAPP maka DAP-PKR dan PAS telah menemui jalan kegagalan untuk membentuk kerajaan PAKATAN RAKYAT Sabah.

Menurut penganalisis tersebut bahawa kalau SAPP dan Star pada musim itu tidak kacau daun sudah tentu kemenangan berpihak kepada calon-calon DAP-PKR dan PAS kerana satu lawan satu dengan calon-calon BN/UMNO.

Tetapi amat malang sekali dengan ganguan oleh kedua parti itu SAPP-Star maka Pakatan Rakyat tumpas ditangan BN/UMNO ini semua kerja jahanam Yong dan  Jeffry yang mengkhianati para pengundi Sabah terutamanya pengundi Cina-Kadazan-Murut dan Dusun.

Mulai dari itu fenomena berlaku dimana masyarakat Cina-Dusun-Kadazan dan  Murut  benci dan mengutuk habis-habisan Yong dan Jeffry sehingga sekarang keempat suku ini tidak lagi mempercayai kepimpinan parti SAPP-STAR.

Parti WARISAN yang baru ditubuhkan saja konon mendapat sambutan di kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama di seluruh pelusuk Sabah.

Inilah UMNO/BN paling takut terhadap parti Warisan sebab 90 peratus kebanyakannya ahli yang menyertai parti itu ialah mantan ahli-ahli UMNO.

Sekarang UMNO Sabah sedang berdepan masalah kekurangan ahli setelah ramai yang keluar dari UMNO berinut-rinut satu persatu sertai parti WARISAN.

Pilihanraya Umum ke14 ini kali UMNO/BN akan berdepan dengan calon-calon DAP-PKR-AMANAH dan WARISAN satu lawan satu tentang calon BN/UMNO.

Rakyat Sabah terutamanya  suku Dusun-Kadazan-Murut dan Cina sedar sekiranya Star dan SAPP turut bertanding pada PRU14 nanti ada lah sekadar main wayang untuk untuk  menggagalkan rancangan PAKATAN HARAPAN Sabah meraihkan kemenangan untuk jadi tampuk pemerintahan Sabah.

Sumber: Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*