Kisah Kesempitan Hidup 16 sekeluarga Di Kota Raya; Terpaksa Tidur Bergilir Dalam Flat Satu Bilik

Hidup di Kota Raya pasti nya mempunyai 1001 kesah dan gambaran. Ada yang manis dan ada juga pahit nya.
Ada yang berpendapat Kuala Lumpur itu indah, berwarna warni serta mempunyai pusat-pusat dagangan yang bertaraf antara bangsa.
Bagaimanapun bagi Abdol Wahab Musa serta keluarganya terpaksa bersempit di dalam sebuah flat satu bilik di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sentul yang didiaminya sejak hampir 4 tahun lalu bersama 16 orang ahli keluarganya.
Wahab, 53, mempunyai 15 orang anak dan sebahagian daripadanya sudah berkahwin serta menetap di tempat lain.
dia menyara kehidupan mereka sekeluarga dengan menjual air, makanan ringan dan buah-buahan tanpa lesen berdekatan Dataran Merdeka pada setiap malam dengan menggunakan bantuan daripada Baitumal sebanyak RM700 setiap bulan sebagai modal perniagaan.
“Anak-anak saya akan mula berniaga setiap malam dari pukul 10 malam sampai 6 pagi. “Selepas habis berniaga, ada di antara kami – anak lelaki saya – akan tidur sekejap sebelum pergi bekerja pada siang hari,”katanya ketika dikunjungi The Malaysian Insider di rumahnya. Wahab berkata, setiap malam anak-anaknya akan menolak 3 hingga 5 buah troli berisi barangan perniagaan mereka dari Stesen LRT Sentul ke Dataran Merdeka.
Katanya, dia dan isterinya Ruslelawati Mohd Ali, 43, kini tidak dapat membantu berniaga seperti sebelum ini kerana menjaga isterinya yang perlu diawasi sejak wanita itu mengalami ketidakseimbangan mental 2 tahun lalu.
Ia berpunca daripada kejadian mereka dihalau berniaga oleh pihak berkuasa, ketika mana isterinya turut mengalami kecederaan di tangan.
Katanya, Ruslelawati mengalami ketidakseimbangan mental kerana trauma dengan tindakan keras pihak berkuasa berkenaan.
“Doktor sarankan isteri saya duduk di rumah dan saya perlu sentiasa ada bersamanya supaya dia tidak melakukan apa-apa yang tidak diingini kepada anak-anak kami yang kecil dan 2 orang cucu kami,” katanya.
Selain daripada itu, Ruslelawati turut menghidapi kencing manis dan darah tinggi.
Dia perlu mendapatkan rawatan untuk kesemua penyakitnya itu sebanyak 4 hingga 5 kali sebulan di hospital kerajaan, pada kos RM5 bagi setiap kali rawatan.
Namun pada bulan lepas, mereka akhirnya berjaya mendapatkan kad orang kurang upaya (OKU) mental untuk Ruslelawati selepas 2 tahun membuat permohonan.
Ketika The Malaysian Insider mengunjungi kediaman mereka pada jam 10 pagi baru-baru ini, seramai 11 orang terdiri daripada anak menantu serta cucunya sedang tidur bergelimpangan di ruang tamu yang hanya sebesar kira-kira 11 x 12 kaki persegi itu.
Barangan perniagaan mereka turut dimuatkan di ruang yang sekangkang kera itu.
Wahab berkata, kerana keadaan rumah yang sempit, mereka terpaksa tidur bergilir dan kadangkala beberapa orang anaknya terpaksa menumpang tidur di masjid, surau, dataran atau kaki lima berdekatan.
“Mereka cakap, tak selesa tidur sempit-sempit macam ini. Tapi mereka akan balik ke rumah, sambung tidur, lepas salah seorang daripada mereka yang tidur di rumah bangun (daripada tidur),” katanya. Keperitan hidup itu juga ditambah dengan bilik air yang mengalami kerosakan sebelum ini sehingga mereka sekeluarga terpaksa menggunakan tandas di stesen minyak berdekatan rumah itu.
Namun, selepas dibantu Zurianty Sudin dari Unggas baru-baru ini, bilik air di rumah itu kini dapat digunakan semula.

Sumber: The Malaysian Insider…Sepenuhnya…

About Penerbit 773 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*