PBS Bahagian Sulaman Kucar Kacir, Ketua Bahagian Dan 6 Lain Keluar Parti?

Dalam kenyataan pada 6 Disember lalu Ketua Bahagian PBS Sulaman, Rakam Sijim mengumumkan peletakan jawatannya dan sekaligus keluar parti PBS.

___rakam

keputusan itu dibuat berdasarkan situasi politik di negara dan Sabah khususnya tuntutan “Sabah untuk orang Sabah”, kata Rakam.

Juga meninggalkan Bahagian PBS adalah Setiausaha Awangki Matnoor, bendahari Aspudin Anga, Penolong Setiausaha Mohd Said Keeh, ahli jawatankuasa Jepri Brahim, Exco Pergerakan Pemuda PBS merangkap Ketua Pemuda Sulaman Rosman Abin dan setiausaha Pemuda Ronald Bungkong.

mositun-pbs

Mengulas tindakan Rakam keluar daripada PBS, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Johnny Mositun berkata bahawa ia nya bukan berita mengejutkan kerana sudah ada petanda jelas perkara itu akan berlaku memandangkan bekas ketua bahagian tersebut sering menghadiri majlis yang dianjurkan oleh parti pembangkang.

Mositun yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), berkata, ibu pejabat parti akan mengambil-alih buat sementara siasatan dalam berhubung isu tersebut.

Menyentuh tentang kenyataan Rakam berhubung tindakannya itu sebagai memperjuangkan kempen “Sabah untuk orang Sabah” dan mengembalikan semula hak Sabah, Mositun berkata bahawa perjuangan itu telah lama dilakukan oleh PBS.

Malah katanya, Rakam sendiri sangat sangat lantang apabila menyentuh isu tersebut ketika masih bersama PBS.
Namun tindakan Rakam mengambil keputusan untuk keluar parti itu tidak akan melumpuhkan PBS secara keseluruhan, kata Mositun.

Sumber: mStar, Agensi

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

1 Comment on PBS Bahagian Sulaman Kucar Kacir, Ketua Bahagian Dan 6 Lain Keluar Parti?

  1. Whatever they do there had made a choice whichever political party they join…they think that they had made a good decision…..that the beauty of our country’s democracy….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*