Tidak Ada Ganjaran Tanpa Pengorbanan, ‘Sabah Ada Lah Untuk Sabahan’?

Warisan ditubuhkan bukan untuk membangkitkan kebencian, tetapi untuk merubah dasar-dasar yang tidak adil dari segi pengagihan pembangunan di negeri ini.

Nampak nya majlis perhimpunan Parti Warisan Sabah di Dewan Hakka Sandakan baru-baru ini agak menarik lagi mengejutkan kerana menurut berita alternatif ‘Borneo Times’ kawasan kubu kuat Ketua Menteri Datuk Musa Aman diraihkan dengan kemasukan sebanyak 12,800 ahli baru parti tersebut.

warisan-skn7

Dikatakan pada perhimpunan tersebut, wakil-wakil dari 7 kawasan dipantai timor menyerahkan susunan tebal borang permohonan kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Haji Shafe Apdal serta  disaksikan oleh orang ramai yang lebih daripada 2000, bergaul beribu-ribu lagi di halaman dewan tersebut.

hakka3

Bilangan tertinggi ahli datang dari Kinabatangan dengan 3,250, diikuti Beluran dengan 3,000 permohonan dan satu lagi 2550 dari Libaran, kubu kuat Umno Musa Aman.

Sekong mempunyai 1,800 pemohon, Sandakan 1000, manakala Karamunting dan Lahad Datu menunjukkan dengan masing-masing 700 dan 500.

Banyak lagi borang sedang diisi dalam masa itu dan dikumpul oleh penyelaras bahagian, kata seorang pegawai ibu pejabat Warisan, sambil menambah ini akan dilakukan dalam masa terdekat.

Dalam ucapan nya, Shafie menyifatkan ia (keahlian) sebagai tanda yang baik untuk parti yang baru didiftar sejak hampir dua bulan lalu.

Ahli parlimen Semporna, yang diiringi oleh timbalannya, Darell Leiking dan kepimpinan parti warisan yang lain, berkata ia bukan hanya bilangan yang amat menggalakkan tetapi ‘kualiti’ ahli-ahlinya yang terdiri daripada golongan profesional muda dan pemimpin masyarakat.

“Saya merasakan bahawa mereka juga sedar bahawa sesuatu yang baik sedang berlaku dan mereka mahu menyertai usaha ini, dan itu adalah baik selagi mereka sanggup berkorban dan berjuang untuk rakyat,” katanya.

Selanjut, Shafie berkata Warisan ditubuhkan bukan untuk membangkitkan kebencian, tetapi untuk merubah dasar-dasar yang tidak adil dari segi pengagihan pembangunan di negeri ini.

Shafie dalam ucapannya menggesa orang ramai agar tidak takut untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan Barisan Nasional; mereka boleh mendaftar untuk menyertai perjuangan Warisan untuk “ubah” atau “Tukar Sabah.

“Tidak ada ganjaran tanpa mengorbankan,” katanya ketika meraihkan undian  rakyat dalam kontek “Sabah untuk Sabahan oleh rakyat Sabah”.

Sumber: Borneo Times…sepenuhnya…, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*