Gejala Gempa Bumi Merunsingkan Rakyat Sabah

Gejala gempa bumi bukan asing lagi bagi negeri Sabah. Pada 5 Jun 2015 gegaran gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau. kejadian tersebut telah meragut 18 nyawa.
Gegaran ini dikatakkan telah dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Tambunan, Tuaran, Pedalaman, Kota Kinabalu , Kota Belud, Inanam, Kota Marudu, Kudat, Likas, Penampang, Putatan, Kinarut, Papar, Beaufort, Keningau, Sandakan, Kunak, Tawau dan Labuan. Gempa susulan yang lemah dilapurkan berlaku sebanyak 47 kali.
Baru-baru in Sabah dikejutkan dengan satu lagi gempa bumi bermagnitud 6.2 pada skala Richter berpusat di Kalimantan 33 kilometer (km) utara Tarakan, Indonesia dan 96 km barat daya Tawau turut dirasai gegarannya oleh penduduk di kawasan pantai timur negeri Sabah. Namun demekian tiada kematian dilapurkan.
Secara ringkasnya gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
Gempa bumi diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil Skala Richter. Gempa bumi ini boleh digredkan satu hingga sembilan tertaklok kepada saiznya berdasarkan skala Richter.
Gempa bumi juga boleh diukur dengan menggunakan ukuran Skala Mercalli.
Gegaran sering berlaku tetapi tidak semua di antara gegaran itu kuat untuk membolehkan kita merasainya.
Pada asasnya Gempa bumi berlaku setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah kecil dan tidak menyebabkan kerosakan.
Gempa bumi yang kuat mampu menyebabkan kerosakan dan kehilangan nyawa yang besar melalui beberapa cara termasuk retakkan pecah (fault rupture), getaran bumi (gegaran) banjir disebabkan oleh tsunami, empangan pecah, pelbagai jenis kerosakan muka bumi kekal seperti tanah runtuh, tanah lembik, dan kebakaran atau perlepasan bahan beracun.
Mitos kononnya Malaysia berada di luar lingkaran api Pasifik selamat, aman dan damai tanpa sebarang bencana alam, khususnya tanpa gempa bumi dan gunung berapi kini telah pecah.
Pergerakan plak tektonik pada kerak bumi akan sentiasa berlangsung sepanjang kewujudan bumi ini. Batu-batuan akan terus bergerak dan bertukar bentuknya. Bumi bergegar, tanah merekah, bukit-bukau, gunung-ganang retak dan pecah, keruntuhan terjadi.
Dari aspek teknikal kurang daripada satu peratus binaan dan bangunan di Malaysia; khusus nya negeri Sabah yang memiliki langkah-langkah kejuruteraan bagi pencegahan gempa bumi.
Kita sama-sama mengharap agar para pakar dan saintis di Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional mengambil langkah yang perlu untuk menangani hal-hal yang perpatutan dalam menjamin keselamatan rakyat disini dari menjadi mangsa gegaran gempa bumi, dimasa-masa yang akan datang.

About Penerbit 821 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*