Bung Moktar pertahan Tajuddin Yang Membuat Sindiran Berbaur Seksual Terhadap MP Teresa Kok

Datuk Bung Moktar Radin hari ini mempertahankan tindakan Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang membuat sindiran berbaur seksual terhadap Ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teresa Kok.

bung-tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu juga tidak perlu memohon maaf kepada Teresa kerana beliau tidak berniat jahat, sebaliknya kenyataan itu hanya merujuk kepada nama keluarga ahli Parlimen DAP itu.

“Saya rasa tiada isu perlu diperbesarkan di sini kerana apa yang dimaksudkan Tajuddin ialah panggilan atas nama (Teresa Kok) dan tidak mempunyai maksud lain.

“Malah, Tajuddin juga tidak perlu membuat penjelasan kepada umum berhubung kenyataan itu kerana nama YB Teresa ialah Teresa Kok dan tidak timbul isu permohonan maaf sebab Tajuddin tiada niat jahat pun,” katanya kepada FMT.

tajuddin-rahman
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan di Dewan Rakyat pagi tadi selepas Tajuddin dikatakan membuat sindiran berbaur seksual kepada Teresa.

“Satu-satunya wanita yang ada Kok ialah Seputeh,” kata Tajudin merujuk nama keluarga naib pengerusi kebangsaan DAP itu, ketika wakil rakyat sedang membahaskan mengenai perhimpunan Bersih 5.

Kenyataannya itu menimbulkan kekecohan, dengan Teresa menyelarnya sebagai “tidak bertamadun” manakala M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mendesak Tajuddin menarik balik kenyataan itu atau berdepan tindakan.

Keadaan bertambah panas apabila Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) menyifatkan kenyataan Tajuddin tidak berakhlak dan “sial”.

Sumber: FMT

About Penerbit 838 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

1 Comment on Bung Moktar pertahan Tajuddin Yang Membuat Sindiran Berbaur Seksual Terhadap MP Teresa Kok

  1. Memepersedakan nama orang ialah perbuatan biadap dan tidak boleh dimaafkan. Bunyi perkataan dalam sesuatu bahasa lain berbeza maknanya dalam bahasa lain. Sudah lumrah dan diketahui ramai banyak nama keluarga dalam bahasa Cina agak pelik jika diterjemahkan kedalam bahasa lain (contohnya Poo, Boo, Kan, Gan, Fat, Ngok dsb). Hanya budak belum berakal mungkin memepermainkan sebutan nama (dengan niat mengherdik). Saya sendiri, selalu diejek semasa kecil hanya kerana nama saya Dolah. Budak budak (bukanlah kecil sangat) terutama yang perempuan bila saja berjumpa saya suka berpantun:
    “Dolah doleng
    Kandar macang,
    Jatuh tergoleng
    ……………………..
    Baris terakhir itu tersangat lucah untuk ditulis disini.
    Saya masih ingat betapa tersinggungnya nurani saya ketika itu.
    Perkataan lucah yang keluar dari saudara kita YB Tajuddin Ramli, tersangat biadap dan memalukan kita orang Melayu malah orang Malaysia yang rata rata sangat besopan. Jadi saya sangat hairan mengapa ada orang yang hendak memeprtahankan perbuatan malaun seorang ini. Mungkinkah mereka telah menerima pakai budaya yang menular dari USA dimana penggunaan kata lucah atau “four-letter words” dianggap biasa/normal?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*