Gagasan Rumpun Sama-Bajau Dalam Kontek Sejarah,Survival

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sebagai detik permulaan dalam langkah pembuka korum, saya mulakan laman yang dikhusus khas untuk dikongsi maklumat mengenai suku-suku kaum dari gagasan rumpun Bajau dengan mengetengahkan disini artikel komprehensif yang ditulis oleh Dr. Gusni Saat berjodol ‘ Implikasi Politik Melayuisme Sama-Bajau di Malaysia.’
Dengan harapan selepas membaca artikel ini beberapa orang penulis/aktivis Sama-Bajau, Iranun, Suluk dan Obian tampil kehadapan dan sudi menyumbang pengetahun mengenai suku kaum masing-masing untuk kita kongsikan bersama…Terutama sekali untuk tujuan rujukan anak-anak muda dari golongan Y, dimasa kini dan dimasa akan datang…Silakan!
Kegelisahan mengenai masa depan komuniti Sama-Bajau di Asia Tenggara telah mendorong Profesor Madya Dr. Gusni Saat, seorang pensyarah di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di Kuching untuk mencari penyebab kepada kerencatan pembangunan masyarakat tersebut. Justeru Gusni telah mengupas tentang masa depan komuniti Sama-Bajau.
Menerusi pengalaman selama dua tahun sejak 2005 sehingga 2007 di daerah Bone Sulawesi Selatan, Gusni telah membukukan segala bentuk fakta dan kupasan tentang komuniti itu di Asia Tenggara di dalam buku kelimanya bertajuk ‘Sama-Bajau Dalam Kancah Urbanisasi-Pengalaman di Teluk Bone Sulawesi Selatan’.
Gusni yang berasal dari Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu telah menggunakan kepakaran beliau dalam bidang sosiologi dan kajian komuniti yang berteraskan disiplin sosiologi dan antropologi sebagai kaedah memahami fenomena pembangunan makro dan mikro.
Sebelum ini beliau telah menulis empat buah buku berjudul Komuniti Samah-Bajau di Bandar (2003), Pribumi Teluk Sepanggar (2004), terjemahan buku The Songs of Salanda and Other Story of Sulu karya Harry H.Arlo Nimmo (2008) dan Suku Etnik Bajau: Urbanisasi, Perubahan dan Pembangunan (2008).
Implikasi Politik Melayuisme Sama-Bajau di Malaysia

About Penerbit 773 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*