Malaysia Memiliki Penghidap Diabetes Paling Tinggi Di Asia Tenggara,Tangga Ke-10 Di Dunia?

1 daripada 6 rakyat Malaysia menghidap diabetes

Menurut kajian Morbiditi Kebangsaan, pada tahun 2011 Malaysia merekodkan 15.2 peratus pengidap Diabetes berbanding hanya 11.6 peratus pada 2006.

peta-asean
Pada tahun 2014 dikatakan sebanyak 2.6 juta rakyat negara ini menghidap Diabetes dan pada tahun 2015 kajian mendapati penyakit itu meningkat kepada 17.5 peratus iaitu kira-kira 3.5 juta orang sekaligus menyenaraikan Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan pesakit diabetes yang tinggi di Asia Tenggara.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


 

gejala-diabetes
Penyakit Kencing Manis atau Diabetes Mellitus adalah penyakit kronik di mana keadaan paras gula (glukosa) adalah tinggi dalam darah sama ada disebabkan oleh kekurangan hormon Insulin atau keberkesanan fungsi Insulin itu sendiri berkurangan.

Selain itu, Diabetes juga merupakan risiko utama untuk mendapat penyakit jantung atau angin ahmar.

Manakala menurut Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.


 

lokasi2
Selanjutnya Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Ismail Ali berkata, Hospital Labuan pada tahun lalu merekodkan sebanyak 400 kes penyakit Diabetes, manakala purata 220 kes membabitkan rawatan ulangan yang dilakukan setiap bulan di Klinik Pakar Hospital Labuan.
Daripada jumlah itu, sebanyak 44 kes telah dikesan mengalami kegagalan buah pinggang.
Bagaimanapun Dr. Ismail berkata, diabetes boleh dicegah dengan amalan hidup sihat seperti melakukan aktiviti fizikal secara tetap, mengekalkan berat badan unggul serta mengamalkan pemakanan seimbang dan tidak merokok.

Sumber: Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

4 Comments on Malaysia Memiliki Penghidap Diabetes Paling Tinggi Di Asia Tenggara,Tangga Ke-10 Di Dunia?

  1. Ramai dikalangan pesakit kencing manis tidak sedar bahawa mereka menghidap kencing manis dan hanya mula sedar apabila keadaan sudah mula kronik. Jadi, kepada mereka yang mengalami tanda tanda seperti lesu, kerap dahaga dan luka lambat sembuh, eloklah buat pemeriksaan kesihatan di klinik. Rawatan pada peringkat awal penyakit kencing manis lebih mudah berbanding pada peringkat kronik. Cara yang paling penting untuk kawal penyakit kencing manis ialah jaga makan dan lakukan senaman secara berterusan. Luangkan masa sekitar 20 minit untuk lakukan senaman ringan, seminggu lakukan 2 atau 3 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*