GST Meletakkan Perbelanjaan Tahun Baru China, Dalam Suasana Merundum?

Hampir menjadi satu tradisi di negeri Sabah bagi mereka yang meraikan Tahun Baru Cina (CNY) untuk mendapatkan satu set baru perkakas elektrik.  Tetapi  suasana ekonomi yang teruk, ringgit lemah dan Cukai Perkhidmatan (GST), keseronokan sempena sambutan tersebut nampaknya  merundum.

gst2

Seminggu sebelum sambutan itu, pusat membeli-belah nyata lebih tenang. Komplek Karamunsing, yang biasanya penuh dengan pembeli elektronik nampak nya berkurangan.

 

Daily Express ketika bercakap dengan beberapa orang pemilik dan pengurus kedai perkakas elektrik menyuarakan kebimbangan mereka bahawa GST akan menyebabkan jualan mereka akan terus merosot.

SenQ

Pengurus Kategori SenQ Digital cawangan Station Karamunsing Fernandez Stewart, berkata walaupun mereka telah mengadakan promosi CNY, namun ia nya tidak dapat menandingi jualan CNY tahun lepas.

hitachi

“Semasa CNY, biasanya bilik pameran penuh tetapi kini pengunjung berkurangan..

“Kami cuba untuk mendapatkan semula jualan kami dengan pelbagai promosi dan diskaun. Namun begitu masih tidak ramai yang datang.

“Saya fikir mereka mempunyai persepsi awal daripada kenaikan harga barangan elektrik,” katanya.

GST diperkenalkan pada April tahun lepas, hampir dua bulan selepas perayaan CNY.

Beliau berkata secara keseluruhan syarikat itu mempunyai sasaran minimum yang diperlukan untuk mengekalkan pendapatan sekadar ‘Cukup-Cukup makan’ untuk menampung perbelanjaan.

banggunan_karamunsing

Keadaan yang sama juga telah dilaporkan di cawangan Huat Ming Enterprise Sdn Bhd Karamunsing. Mereka juga merasakan GST telah merundumkan  perbelanjaan CNY.

“Jualan kami semasa CNY adalah yang terbaik sebelum GST diperkenalkan. Tahun ini ia nya jauh lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Orang ramai yang datang ke sini sebelum CNY untuk membeli set TV, peti sejuk dan penghawa dingin,” kata pengurus cawangan, Chin Wee Siong.

Beliau kesal bahawa jualan untuk CNY tahun ini adalah yang paling teruk sejak syarikat itu mula beroperasi 10 tahun lalu.

Dalampada itu, salah  seorang kakitangan berteriak ‘Kami Mahu GST dimansuhkan’.

Chin berkata, mereka masih ada pelanggan saperti biasa tetapi mereka tidak membeli sebanyak barang.

smart-homenet-01

Digimate Sdn Bhd, sebuah syarikat yang telah beroperasi selama hampir 30 tahun, bagaimanapun berkata ia masih menyaksikan aliran pelanggan melawat kedai di komplek Karamunsing meskipun keadaan ekonomi yang lemah.

Pemilik syarikat, David Ho, berkata ia mempunyai jualan yang paling buruk pada Mei tahun lepas, sebulan selepas GST diperkenalkan, bagaimanapun jualan nya telah meningkat selepas itu.

“Saya rasa orang ramai akhirnya telah  menyedari bahawa GST akan kekal. Ia nya telah menjadi satu perkara yang biasa. Oleh itu,  suka atau tidak, mereka perlu membeli pada masa tertentu,” kata Ho.

Sumber: Daily Express

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*