KKLW peruntukan RM1.56 bilion untuk pembangunan luar bandar Sabah?

Sama ada ia nya dapat direalisasikan sebelum PRU14 atau pun tidak, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri mengumumkan bahawa Kementerian nya akan memperuntukkan sejumlah RM1.56 bilion bagi tujuan pembangunan di negeri Sabah khususnya di kawasan luar bandar.

KUALA LUMPUR 17 DECEMBER 2015. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Majlis Bengkel Tranformasi Koperasi Pekebun Kecil 2015 . NSTP / Mohd Yusni Ariffin

Beliau berkata, melalui Transformasi Luar Bandar yang dilancar baru-baru ini oleh kementeriannya kerana ingin melihat kawasan- kawasan khususnya di luar bandar, diberikan kemudahan asas yang lengkap dan sempurna agar rakyat dapat menikmati keselesaan yang sama seperti di bandar dan hasrat ‘Membandarkan Luar Bandar’ akan tercapai.

jalan LB

Katanya, pembinaan jalan di kawasan Mukim Dalit di daerah Keningau adalah untuk memberikan jalan perhubungan yang sesuai kepada penduduk setempat bagi mengurangkan jurang kemiskinan dengan meningkatkan aktiviti pertanian.

Dijangka jalan ini akan dapat manfaat kepada lebih 5,000 orang penduduk, yang melibatkan 11 buah kampung yang di kawasan tersebut.

jalan LB2

Jajaran jalan sepanjang 44 km merentasi kawasan pertanian yang subur akan dinaiktaraf dan empat buah jambatan akan dibina, dan sebanyak RM 197 juta peruntukkan telah diluluskan untuk projek itu, katanya lagi.

Selain itu Datuk Ismail Sabri juga turut mengumumkan beberapa lagi peruntukan yang turut diluluskan khususnya bagi Parlimen Keningau antaranya;
1)Projek Jalan Komunikasi Keningau yang berjumlah RM6 juta,
2)Projek Bekalan Air Matrikulasi Zon 5 Keningau RM8.56 juta,
3)Projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar (MESEJ) kampung Bunang Sook, bagi fasa 1/2/3 berjumlah RM35 juta,
4)Projek Bekalan Air Bersih Luar Bandar kawasan Apin-apin RM45 juta,
5)33 buah Rumah PBR di Parlimen Keningau.
6)RM40 juta bagi pembangunan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di sekitar pekan Sepulut dan Solar Hybird untuk 12 buah kampung di daerah Nabawan.

 

jalan LB3budget-xtxy

Bagaimanapun didaerah saperti Tuaran, Ranau dan lain daerah di Sabah masih belum lagi disebut sama ada disenaraikan untuk mendapat agihan daripada peruntukan berjumlah RM1.56 yang disarankan.

Selaku warga Tuaran saya juga mengharapkan agar para pemimpin daerah Tuaran khusus nya MP merangkap Menteri MOSTI Datuk Madius Tanggau menyuarakan kepada Datuk Ismail Sabri agar melawat Tuaran disamping meninjau sendiri betapa perlu nya pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di anjakkan di beberapa kawasan di daerah Tuaran dimasa-masa akan datang.

Antar Jalan-jalan tersebut termasuk Jalan angkod-Tinuhan,  Jalan Kiangat-Mongis-Kadamian, Jalan Soromboton-Pinasang dan Jalan Tibabar di Kiulu.

Sumber: Utusan Borneo

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

1 Comment on KKLW peruntukan RM1.56 bilion untuk pembangunan luar bandar Sabah?

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*