Salleh Serah Tugas Presiden USBO?

salleh-said-keruk_usbo_

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selaku Presiden Pertubuhan Bersatu Bumiputera Sabah(USBO) merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, telah mengumumkan bahawa beliau akan mengambil cuti sebagai Presiden pertubuhan tersebut.
USBO ada lah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berafiliasi dengan kerajaan Barisan Nasional.
Menurut Salleh, beliau bertekad mengambil cuti, untuk membolehkan beliau menumpukan perhatian sepenuhnyha kepada kerja sebagai seorang menteri dalam Kabinet Persekutuan.
Semasa bercuti , Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang juga Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Timbalan Presiden 1 USBO, akan menjalankan tugas-tugas selaku Presiden USBO.
Sebelum itu, Salleh menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Pandikar mengenai perkara ini dan Pandikar bersetuju untuk mengambil alih tugas tersebut.
Dua lagi Timbalan Presiden USBO ialah Datuk Salsidu Ibrahim dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha manakala Ahli Parlimen Silam Datuk Datu Nasrun Bin Datu Mansur adalah setiausaha agung.

 

Sumber: sskeruak.blogspot

About Penerbit 821 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*