Kira-Kira 20 Juta Rakyat Malaysia Akan Nikmati Rebat GST Kad Prabayar

Dianggarkan 20 juta rakyat Malaysia akan menikmati faedah rebat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi kad prabayar tahun depan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam kenyataan hari ini, beliau mengambil perhatian bahawa bermula 1 Jan sehingga 31 Dis 2016, pelanggan prabayar yang terdiri daripada warganegara Malaysia layak mendapat rebat GST.

“Ini jelas memberi faedah kepada pelanggan, seperti diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2016 pada Oktober lepas,” katanya.

Salleh berkata beliau gembira apabila dimaklumkan syarikat-syarikat telekomunikasi sudah bersedia bagi pelaksanaan rebat GST untuk pelanggan prabayar.

Beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memantau perkara itu bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

Menteri itu berkata suruhanjaya perlu terus bekerjasama rapat dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dan pada masa sama memastikan kepentingan pelanggan kekal menjadi keutamaan.

Sumber:- BERNAMA

About Penerbit 773 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*