Menurut beliau, majlis pengislamannya dilakukan secara tertutup atas permintaan keluarga.

“Saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Diharapkan penghijrahan ini tidak disensasikan kerana terlalu peribadi buat saya,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, menurut Marsha, majlis pernikahan dengan tunangnya, Mohamed Shaiful Nizam, 29, akan diadakan di Pulau Pinang pada Khamis ini.

Sumber: – UTUSAN ONLINE