Nostalgia Cadangan Pembangunan Koridor Topokon Dalam Ingatan? 

Untuk tujuan membangun daerah Tuaran agar seimbang dengan daerah lain di  negara ini,  pada tahun 2007 saya telah ilhamkan beberapa cadangan pembangunan untuk daerah Tuaran (daerah tanah tumpah darah ku) untuk rujukan para pemimpin politik dan juga pehak pegawai JPA yang bertugas di daerah tersebut.

Ilham ini timbul bilamana saya bertemu dengan beberapa orang anak-anak muda dari Sabah khusus nya dari daerah Tuaran yang menjelajah ke negeri-negeri di Malaya semata-mata untuk mencari peluang pekerjaan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan juga Singapura.

Dari rumusan melalui perbincangan dengan mereka saya merasakan bahawa hidup mereka di rantau tidak lah seindah saperti yang dijangkakan mala kadang-kadang menyedihkan.
Saya terfikir ketika itu kalau kemudahan pekerjaan ada di negeri Sabah saperti yang ada disemenanjung pasti nya kebanyakan dari anak muda ini tidak akan berhijrah kesana.

Selain dari ‘Pembangunan Koridor Teluk Sulaman’, ‘Pusat Pelancongan Kiulu’ dan juga ‘Tamparuli Pekan Universiti’, saya juga sempat mengilhamkan satu lagi
program yang dinamakan ‘Pembangunan Koridor Topokon (PKT)’.

Aktiviti utama program tersebut yang telah saya ‘blue print’ berserta klip video, ia lah  cadangan pembinaan industri pengeluaran yang berasaskan produk getah asli bertempat di Kawasan Topokan khususnya di kawasan kg Kionsom – rejab lembaga industri getah Sabah(LIGS).

Seada nya di kawasan Topokan, terdapat kawasan tanah yang luas dan amat sesuai untuk pembenaan sebuah industri membekal hasil produk yang banyak berkaitan dengan getah asli; antara lain saperti tayar kereta, sarung tangan, kasut dan lain-lain hasil yang digunakan oleh hospital, farmasi dan sebagainya.

Selain dari industri, kawasan tersebut mampu menempatkan program sampingan saperti  ‘Institut Kajian Getah’.

Dari aspek pencemaran alam sekitar, kawasan yang dimaksudkan itu agak jauh dari perumahan masyarakat yang bermastautin disana. Ini termasuk pekan kecil Topokon, yang terdekat dikawasan tersebut.

Kira nya perancangan cadangan ini mendapat restu dari kerajaan melalui Pembangunan Koridor Sabah, ia nya boleh diusahakan bersama oleh pengusaha Malaysia dan juga mereka dari luar negara saperti China, Jepun, Taiwan dan lain-lain negara yang berminat.

Walau macammana pun, untuk merealisasikan Pembangunan Koridor Topokon ini, beberapa buah jaringan jalan perlu dibena atau pun dinaiktarafkan, untuk tujuan  memudahkan pengangkutan pengguna dan hasil-hasil getah yang banyak terdapat dikawasan tersebut.

Jalan-jalan yang dimaksudkan ada lah saperti berikut;

1.Jalan Tinuhan-Wangkod-Kionsom.
2.Jalan Kionsom-Gontung- Bundu Tahuri, Rungus dan Tiong Komburon di kawasan Tenghilan
3.Beberapa jalan-jalan kecil penting yang akan dikenal pasti dari masa kesemasa.

Saperti yang dijangka, perkembangan ini pasti akan mengurangkan lagi gejala pengangguran, kemiskinan dan sekaligus menganjakan suntikan ekonomi bukan sahaja kepada kawasan dikoridor Topokon tetapi juga negeri Sabah am nya.

Dengan itu, kedai Topokon yang seakan dalam keadaan ‘hidup segan mati tak mahu’ itu pasti nya akan berubah corak dan akan lebih ceriah saperti pekan-pekan yang lain dirantau ini.

Walau pun perancangan ini seakan-akan hanya sekadar impian, namun tidak salah juga kalau ia nya diambil kira sebagai rujukan atau pun garis pandu untuk tujuan perancangan pembangunan dikawasan tersebut dimasa akan datang.

Dalampada itu jalan yang telah berjaya di realisasikan pada masa ini ia lah pembinaan naiktaraf Jalan Topokon-Kinonsom-Gontung dan Rungus.

Sumber: Ilham Penerbit.

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*