Penghasut di Sabah, Sarawak Yang Menggunakan Slogan ‘S untuk S’ Akan Di Ambil Tindakan Tegas?

Mereka yang ‘bermain api’ dengan menghasut rakyat menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah” dan “Sarawak untuk Sarawak” akan diambil tindakan tegas oleh kerajaan berdasarkan undang-undang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan itu adalah satu kesalahan yang amat serius dan mereka boleh dikenakan  hukuman berat.

Tiada sesiapa yang kebal dari segi undang-undang. Perkara ini tidak harus dibenarkan berlaku,katanya.

Tindakan pihak-pihak berkenaan menghasut rakyat dengan slogan itu cukup bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Zaid Hamidi itu turut memberi ingatan bahawa tindakan tidak bertanggungjawab sedemikian boleh menyebabkan rakyat Malaysia menangggung derita akibat permainan dan hasutan campur tangan asing pada masa depan.

Tindakan bermain api yang mahu mewujudkan anarki dan ketidakstabilan negara harus kita tentang. Bak kata orang tua-tua ‘bertelingkah antan dilesung, ayam juga yang kenyang’, katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang berkenaan itu sanggup mempolitikkan isu tersebut semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Semua ini terjadi apabila adanya pemimpin yang terperangkap dalam percaturan dalang-dalang politik yang bankrap idea dan muflis jiwa.

Kerana asakan gelojoh nafsu dan serakah politik bertuankan tok dalang ini, mereka rela menjadi bidak-bidak di papan catur, katanya.

Sumber; Bernama, Sinar Harian, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*