USBO Pertahan TS Pandikar Dalam Isu MA63

Dalam isu MA63, mungkin Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya mahukan perjuangan menuntut hak Sabah dan Sarawak dilakukan dengan kefahaman, prosedur dan saluran yang betul namun malang nya pandangan berbeza – berbeza yang hampir-hampir tidak terkawal telah viral di ruang media massa perdana dan alternatif sehingga hari ini.

Dalampada itu, Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) dalam satu kenyataan mempertahankan Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden USBO Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam pertikaian mengenai Perjanjian Malaysia 1963 dengan ahli politik di Sabah dan Sarawak.

Menurut Ahli majlis tertinggi (AMT) pertubuhan itu, Presiden mereka itu hanya mahukan perjuangan menuntut hak Sabah dan Sarawak dilakukan dengan kefahaman, prosedur dan saluran yang betul.

Presiden USBO sebagai anak jati Sabah tetap menghayati aspirasi dan sentimen kenegeriannya,” tambah mereka, dan berkata Pandikar hanya mahu perjuangan hak Sabah dan Sarawak dilakukan dengan cara betul, kata AMT itu.

Kenyataan presiden bahawa MA1963 tidak lagi relevan kini bukan bererti beliau menganggap perjanjian tersebut tidak sah atau tidak boleh digunapakai langsung tetapi sebaliknya perjuangan ini perlu dilakukan melalui saluran perundangan yang berlandaskan perlembagaan dan juga pelaksanaan melalui kuasa eksekutif.

Janganlah menggunakan kefahaman yang salah untuk menuntut hak kita seperti mengatakan Sabah dan Sarawak mempunyai taraf sama dengan keseluruhan dengan keseluruhan Semenanjung, kata AMT USBO dalam kenyataan.

Dalampada itu, AMT Usbo juga menjelaskan bahawa terdapat pindaan dalam perlembagaan yang berkaitan dengan beberapa peruntukan dalam syarat asal perjanjian seperti Bahasa Melayu menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak, pewartaan Islam sebagai agama rasmi Sabah, dan penyerahan bidang kuasa pendidikan kepada kerajaan persekutuan.

Kesemua pindaan ini telah dilakukan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dahulu, dan kemudiannya dibawa kepada kelulusan di Parlimen. Pindaan-pindaan ini yang antara lain menyebabkan Perjanjian Malaysia sudah lagi tidak relevan, kata mereka.

Dalam isu berkenaan Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Makin Mojigoh juga dilapurkan bersetuju dengan pendirian Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg dan pimpinan Sarawak ketika diminta mengulas kelakuan Pandikar mencabar Abang Johari berdebat mengenai MA63.

Sumber: FMT, Utusan Online, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*