MA63: Untuk Rakyat Sarawak, Abang Johari Sanggup Hilang Jawatan KM?

Semakin dekat tarikh PRU14,  Sarawak nampak nya  semakin menjauhkan jurang dari Sabah dari aspek dan tata cara menuntut hak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Anih lagi pelik tetapi itu lah kenyataan nya bahawa Untuk memperjuangkan tuntutan tersebut, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sanggup melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri, kalau dijangka perlu.

Rakyat Sarawak mahu berdiri sama tinggi dengan rakan mereka di Semenanjung daripada segi pembangunan ekonomi, katanya.

“Malaysia boleh menjadi negara yang lebih kuat jika rakyat di Sarawak berdiri sama tinggi dengan rakyat di Semenanjung yang terpisah oleh Laut China Selatan. Rasa tidak puas hati hanya akan mencetuskan perbalahan dan perpecahan di kalangan rakyat Malaysia,” kata beliau.

Beliau berkata ini adalah harapan dan aspirasi pemimpin pengasas apabila mereka menandatangani Perjanjian Malaysia pada 1963. Bagaimanapun tegasnya, perjuangannya jelas kerana Sarawak sebelum ini dalam Malaysia, hari ini dalam Malaysia dan esok selama-lamanya dalam Malaysia.

Dalampada itu beliau tidak menafikan bahawa Sarawak ketinggalan daripada segi pembangunan infrastruktur berbanding Semenanjung tetapi perdana menteri menyedari aspirasi rakyat Sarawak bahawa mereka harus mempunyai sekurang-kurangnya 1 sistem jalan raya bertaraf lebuh raya selepas 54 tahun menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Beliau percaya implikasi yang lebih besar ialah penduduk di Sarawak dan Sabah tidak mahu mengambil mudah bukan sahaja daripada segi sejarah tetapi juga ekonomi dan politik.

Menyentuh pendirian beliau tidak berdepat dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau menyatakan bahawa bukan cara begitu menyelesaikan tuntutan hak-hak Sarawak yang terhakis dalam perjanjian tersebut.

Menurut Abang Johari, Sarawak ada maruah dan cara sendiriuntuk berunding dengan kerajaan perseketuan dalam mencapai matlamat yang diperjuangkan oleh Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem dan kini diteruskan demi rakyat negeri Sarawak.

Sumber: Utusan Borneo, Sarawak Voice, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*