Disebalik Kecerahan Ekonomi, Masih Ramai Rakyat Kelaparan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku ketua Kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin banyak memberi bantuan kepada golongan miskin dan Bajet 2018, antara lain telah menyediakan bantuan BR1M kepada 7 juta rakyat.

Ia juga boleh ditafsirkan sebagai 22.5% daripada 31 juta penduduk Malaysia yang memperoleh pendapatan di bawah RM4,000 bagi setiap isi rumah, kriteria telah dibantu melalui BR1M.

Isu kejayaan menangani kos sara hidup boleh juga ditafsirkan akan menentukan kesinambungan kuasa kerajaan BN pada pilihan raya umum (PRU 14) akan datang.

Bagaimanapun, Merdeka Centar merekodkan bahawa 15 % rakyat Malaysia masih mengikat perut untuk kelangsungan hidup.

Dilihat masih ramai rakyat Malaysia merasa kurang selamat. Mereka masih marah dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 2 tahun lalu. Sentimen pengguna jauh di bawah tahap yang menunjukkan keyakinan.

Dikatakan, pelajar universiti juga turut mengikat perut kerana mereka tidak mampu.Walaupun pelajar itu mempunyai biasiswa ataupun dermasiswa PTPTN, mereka masih perlu membayar penginapan dan pengangkutan.

Dikatakan jika pelajar memasak sendiri, mereka memerlukan kira-kira RM300 sebulan untuk kos bahan masakan.
Kos makanan biasa di kawasan bandar antara RM7 hingga RM10, manakala mi segera berharga RM3.50 secawan.

Sehubungan itu, isi rumah yang mempunyai anak-anak dan ibu bapa yang sudah tua turut terjejas oleh kos sara hidup. Ini termasuk perbelanjaan seperti yuran sekolah, pakaian, makanan dan kos perubatan tambahan untuk ahli keluarga yang berusia.

Merujuk kepada data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati zakat dan pejabat daerah mengesahkan terdapat lebih 4% penganggur dan keluarga berpendapatan tunggal bergelut untuk mendapatkan bantuan.

Bagaimanpun Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin Mengakui pasaran saham akan kelihatan cerah, ringgit akan mengukuh dan bantuan tunai akan diserahkan untuk meningkatkan keyakinan para pengundi.

Walaupun harga petrol akan turun, dan mungkin juga GST akan dikaji semula, tetapi ini tidak mengubah hakikat sebahagian besar rakyat kita miskin dan kelaparan kata nya.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*