Mungkin Kah GENERASI ‘Y’, MEDIA MASSA ALTERNATIF Memainkan Peranaan Dalam Keputusan PRU14?

Kalau difikirkan dua isu yang berkemungkinan memainkan peranan merubah keputusan PRU14 nanti, Ia lah;

  1. Undian anak-anak muda (Generasi Y ) khusus nya mereka yang baru di terima sebagai penggundi.
  2. Perhubungan melalui media massa alternatif saperti fb, whatsapp, tweet dan sebagainya.

Untuk itu saya telah sempat membuat kajian dengan bertemu anak-anak muda dari beberapa kawasan saperti Tuaran,Tamparuli, Penampang, Ranau, Telupid dan kawasan Tenghilan sendiri.

Antara lain saya ajukan beberapa persoalan kepada anak-anak muda tersebut tentang perkembangan politik semasa di kawasan mereka, masing-masing.

Dalampada itu, majoriti dari mereka yang saya temui ada lah berkedudukan ‘diatas pagar’; tidak mempunyai keahlian dalam parti politik.

Bagaimanapun mereka sudah berdaftar sebagai penggundi dalam pilihan raya yang akan datang.

Anak-anak muda yang saya temui itu kebanyakan nya memandang berat kepada tindakan yang menitik berat kesinambungan hidup mereka di masa datang.

Dengan bermaksud mereka akan memilih organisasi politik atau pemimpin yang pekah terhadap perkara ini.

Dalampada itu mereka tahu bahawa terlalu kurang peluang pekerjaan di Sabah kalau di bandingkan dengan semenanjung khusus nya pembangunan Iskandar di Johor, Lembah Kinta di Perak dan juga Lembah Klang di Selangor. Selain itu peluang pekerjaan di Singapura.

Dalam beberapa hal, mereka sering berhubung sesama sendiri melalui media massa alternatif saperti WhatsApp, Tweet dan juga facebook.

Persoalan saya selanjut nya ia lah sama ada dikalangan mereka yang Pernah terlibat dalam aktiviti politik?

Dalam hal ini seorang pemuda menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan terlibat memenangkan seorang Ahli Parlimen pada PRU13.

Menurut pemuda tersebut mereka kempen dan mengundi pemimpin tersebut bukan kerana parti beliau tetapi kegagalan Wakil Rakyat yang sedia ada ketika itu tidak bertanggungjawab membantu mengurangkan permasalahan mereka, khusus nya dari aspek peluang pekerjaan.

Ditanya samada kalau dibagi ganjaran wang ketika PRU nanti ada kah mereka akan mengubah pendirian mereka? Anih nya mereka hanya tersenyum tanpa mengeluarkan sebarang jawapan.

Dalampada itu, Situasi Golongan Y ini terasa seakan-akan sebagai ‘kuasa ketiga’ yang berselindung di sebalik pelangai senja, walau pun ia nya ujud tetapi tidak jelas kelihatan.

Sumber: Agensi Berita, Penerbit

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*