Atheisme Tidak Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara Kata Menteri Sabah?

Nampaknya isu Ateisme ini bertambah hangat bilamana Menteri dari Sabah tidak setuju dengan pandangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai status ateisme dari kontek Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara

Merujuk kepada kenyataan Dusuki yang menyifatkan ateisme menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara , Menteri Tugas Khas Sabah, Datuk Seri Teo Chee Kang berkata kenyataan itu ada lah sebagai tidak masuk akal dan keterlaluan.

Teo yang juga Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP)itu berkata atheisme tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Rukunegara kerana kebebasan beragama dipertahankan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu, Teo berkata Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai sebarang peruntukan terhadap atheisme.

Asyraf telah salah menafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan Timbalan Menteri Persekutuan tidak sepatutnya  membuat kenyataan tersebut, katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Dalam hal ini, Teo menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menjelaskan kenyataan Asyraf untuk mengelakkan ketakutan dan implikasi yang negatif terhadap orang awam.

Sekiranya Kelab Atheis Republik Kuala Lumpur dibuktikan sebagai organisasi yang menyalahi undang-undang, atau didapati telah menghina agama-agama lain, tindakan boleh diambil terhadap mereka di bawah Akta Pertubuhan atau Akta Hasutan.

Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa atheis bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah sukar untuk difahami, katanya.

Bagi orang bukan Islam, tidak ada agama bukan jenayah, tetapi pilihan peribadi, kata nya.

Menjadi pengikut atheis bukanlah satu jenayah di mata undang-undang selagi mereka tidak mengganggu agama lain.

Daripada sebuk menangani ateisme, Asyraf perlu berfikir tentang bagaimana untuk menurunkan kadar jenayah, memperbaiki iklim ekonomi, pendapatan negara dan isu-isu yang rakyat khawatir, katanya.

Sumber: Sabah Daily Express, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*