Belanjawan 2018 Sabah – Jurang Miskin Kaya Makin Luas?

Dikatakan Bajet Sabah 2018 disifatkan sebagai bajet mendahulukan kepentingan rakyat yang merangkumi pelbagai bidang khusus nya golongan wanita,  belia dan sekaligus membuktikan petanda aras atas kecekapan kerajaan negeri mengurus ekonomi demi mensejahterahkan rakyat.

Bagaimanapun dicelah-celah sambutan baik oleh beberapa pehak tertentu, Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt juga Ahli Parlimen Sandakan merasakan tiada apa yang istimewa dalam bajet tersebut.

Meskipun Sabah mencatatkan belanjawan RM4.104 bilion untuk negeri dengan lebihan sebanyak RM64.89 juta, hanya 20 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Meskipun Pulau Pinang dan Selangor masing-masing memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion dan RM3.5 bilion dalam belanjawannya, ia sama sekali tidak meminggirkan program kebajikan rakyat seperti program kesihatan, warga tua dan sebagainya.

Tidak banyak program kebajikan yang ditawarkan dalam Belanjawan Sabah meskipun memperuntukkan lebih RM4 bilion pada masa yang sama Sabah mempunyai paling ramai orang miskin?

Golongan miskin di Sabah ini perlu diberi keutamaan sebab apa yang berlaku, yang miskin makin miskin, yang kaya terus kaya – jurang kemiskinan makin besar, demekian menurut Wong

Katanya, walaupun Jabatan Statistik Negara mengatakan kadar kemiskinan Sabah mencatatkan pengurangan dari empat peratus kepada 2.9 peratus pada tahun 2016, realitinya jauh berbeza.

Situasi ekonomi yang tidak memberangsangkan di Sabah itu katanya telah menyebabkan ramai rakyat wilayah itu khususnya golongan muda berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura.

Sabah meskipun negeri paling kaya, tetapi mempunyai ramai rakyat yang miskin termasuk kadar pengangguran yang tinggi yang menyebabkan rakyat Sabah berhijrah ke tempat lain untuk mencari rezeki.

Inilah antara isu yang perlu diselesaikan tapi apa yang kita lihat, Belanjawan Sabah yang dibentangkan Ketua Menteri baru-baru ini kurang penekanan terhadap perkara-perkara itu,katanya lagi.

Sumber: Borneo Today, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*