Fahaman Ateisme Telah Bertapak Di Malaysia, Menimbul Kegelisahan Dikalangan Rakyat Negara Ini?

Nampak nya fahaman Ateisme telah bertapak di Malaysia setelah pehak polis mengenalpasti sekumpulan anak Melayu beragama Islam menyertai ‘Kelab Atheist Republic Kuala Lumpur’  yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Dilaporkan kewujudan golongan ini sesuatu yang mengejutkan disamping menikkan kemarahan bilamana terdapat dikalangan orang Melayu Islam yang secara terang-terangan menyertainya.

Siasat, banteras, bunuh. Inilah antara reaksi di media sosial berkenaan gambar sekumpulan ateis yang diviralkan baru-baru ini.

Dikatakan pengikut Ateis yang kini ketiga terbesar di dunia setelah Islam itu menjalankan aktiviti mereka melalui media sosial seperti Facebook.

Fahaman tidak percaya terhadap Tuhan, atau ateisme, tidak ada tempat di Malaysia dan menyalahi perlembagaan. Malah menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pengikut ateism itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

Katanya walaupun Malaysia bebas beragama namun fahaman ateisme menyangkal kesucian agama lain di Malaysia dan bercanggah dengan undang-undang berkaitan ketenteraman awam dan moral.

Menurut beliau ideologi ateis ini amat berbahaya kerana ia bukan hanya menyebarluaskan kepada orang Islam sahaja tetapi juga kepada bukan Islam.

Dalam konteks Rukun Negara, ia nya bertentangan dengan prinsip yang pertama iaitu kepercayaan kepada tuhan, kata Asyraf.

Bagaimanapun, kumpulan hak sivil, Bebas, baru-baru ini mengecam timbalan menteri itu kerana mendakwa ateisme menyalahi Perlembagaan Persekutuan dan menyerang agama lain.

Asyraf juga dikecam kerana mengancam untuk menggunakan undang-undang syariah, sivil dan juga alat keselamatan negara seperti Akta Hasutan, terhadap mereka yang mengamalkan ateisme.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*