Khairy Jamaluddin Tolak Anugerah Bintang Kebesaran; Tidak Baik Untuk Dijadikan Contoh Buat Generasi Muda?

“Saya melihat ramai yang kejar gelaran yang mana saya rasa tidak buat apa-apa dalam kerjaya mereka yang melayakkan mereka memegang gelaran Datuk”, Khairy Jamaluddin

Jauh berbeza dengan para pemimpin yang lain khususnya pemimpin kerajaan, Khairy Jamaluddin menolak sebarang anugerah bintang kebesaran selagi beliau masih berkecimpung dalam arena politik.

Khairy berkapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Rembau itu mengakui kurang selesa apabila diberikan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Tiada pencapaian membanggakan melayakkannya bergelar Datuk walaupun sudah empt tahun menganggotai jemaah menteri, kata beliau.

Menurutnya, beliau lebih selesa berkhidmat untuk rakyat dan melibatkan diri dalam kancah politik tanpa sebarang gelaran, selain merasakan dirinya belum pun ‘layak’ untuk menerima apa-apa gelaran.

Khairy merasakan budaya mengejar gelaran ini bukanlah satu perkara yang baik untuk dijadikan contoh buat generasi muda.

“Kalau boleh, selagi saya dalam politik dan berkhidmat, lebih baik saya berkhidmat tanpa sebarang gelaran…Saya Menteri Belia dan Sukan, ketua pemuda, saya kekok bila ada gelaran..,” katanya dalam satu wawancara bersama Harian Metro.

Bukan itu sahaja, Khairy turut merasakan beliau masih terlalu muda untuk menerima gelaran Datuk memandangkan sumbangannya terhadap negara masih belum mencukupi.

“Ia terlalu istimewa, saya melihat penerimanya mestilah seorang yang layak untuk menerima dan diri saya masih tidak layak.

Beliau disenaraikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak empat tahun lalu, bagaimanapun atas rasa rendah diri, gelaran Datuk itu terpaksa ditolaknya.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*