PM Janji Perbetulkan Apa Yang Tidak Dibuat Di Negeri Sabah?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, jurang pembangunan Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung perlu dihapuskan, namun mengakui ia mengambil sedikit masa kerana Tun Dr Mahathir sebelum ini tidak berbuat demikian sehingga menyebabkan wujud perbezaan ketara dalam soal berkenaan.

Beliau juga membidas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang baru-baru ini membuat kenyataan untuk membantu Sabah dan Sarawak, termasuk kesediaan mengkaji semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Orang itu 22 tahun berkuasa tak buat (memajukan Sabah dan Sarawak), hari ini tersipu-sipu kata nak bantu… kalau nak buat, buatlah ketika ada kuasa, jangan dah tak ada kuasa baru nak buat, orang Sabah pun boleh fikir” kata Najib ketika merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32 di Kota Kinabalu kelmarin.

Najib yang juga selaku Pengerusi BN, berkata kerajaan di bawah pimpinannya tidak pernah berniat mengambil hak Sabah melalui MA63 dan akan memulangkannya semula jika ada pihak terdahulu telah ‘terambil’ hak berkenaan dan kalau ‘terambil’ dulu, kita kena pulang balik.

Sebab itu beliau bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Asing dan Keselamatan di Sabah, ini termasuk menghantar balik PATI ke negara asal mereka.

Bagaimanapun Najib berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk mengkaji tafsiran berkaitan MA63 dari segi undang-undang yang perlu kata sepakat (bersama pemimpin Sabah dan Sarawak) sebelum mengambil sebarang tindakan susulan demi kepentingan Sabah dan Sarawak.

Dalampada itu, Najib berkata, beliau meluluskan peruntukan yang banyak untuk pembangunan Sabah dan Sarawak melalui Bajet 2018 demi memperbetulkan apa yang tidak dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kedua-dua negeri itu selama 22 tahun berkuasa.

Beliau berkata dalam Bajet 2018, kerajaan Persekutuan memperuntuk RM2 bilion untuk projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina tanpa tol, RM1 bilion untuk baik pulih sekolah-sekolah daif di Sabah menggunakan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) bagi menyediakan infrastruktur pendidikan yang baik kepada rakyat Sabah.

Dalam Bajet 2018 juga, Sabah dan Sarawak diberi peruntukan RM500 juta untuk pembangunan jalan luar bandar, RM600 juta untuk bekalan elektrik, RM300 juta untuk bekalan air bersih, namun berharap peruntukan berkenaan dipergunakan sebaiknya tanpa ketirisan, kata beliau.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM500 juta melalui program Dana Mudahcara kepada kerajaan Sabah bagi pembangunan projek eco-tourism di Tanjung Aru di Kota Kinabalu yang akan menjadi tarikan tambahan kepada sektor pelancongan Sabah, katanya.

Sumber : Berita Harian, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*