Projek Pembinaan Empangan Kaiduan Di Teruskan; Pampasan Yang Menarik Akan Di Terima Penduduk Yang Terjejas?

Walaupun terdapat pelbagai bantahan dan Protes bermula sejak 2009 oleh penduduk kampung , namun kerajaan tetap bertekad untuk meneruskan projek pembinaan Empangan Kaiduan bertempat di daerah Papar bernilai RM2.8 bilion itu.

Dalam usaha kearah penyelesaian, Kabinet negeri Sabah bersetuju memberi pampasan, penempatan semula dan faedah mata pencarian kepada penduduk kampung yang akan terjejas untuk memulakan kehidupan baru di persekitaran baru.

Sejumlah 240 keluarga dari Kg Tiku, Kg Timpayasa dan Babagon Laut – tiga buah kampung yang perlu diuruskan jika projek tersebut dilaksanakan.

Kawasan penempatan semula seluas 1,300 ekar telah pun dikenal pasti berhampiran Babagon Laut dan 0.3 ekar akan diperuntukkan kepada setiap ketua isi rumah.

Pembayaran elaun penempatan semula sebanyak RM10,000 bagi setiap isi rumah, pembayaran sogit (denda lazim) untuk alasan pengebumian akan diberi untuk mengimbangi kehilangan tanah termasuk tanaman dan bangunan.

Menteri Pembangunan Infrastructur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Pairin berkata setiap isi rumah juga akan menerima lima ekar tanah pertanian dan elaun bulanan RM500 untuk selama tiga tahun.

Timbalan Ketua Menteri itu selanjutnya berkata selain dari perumahan persendirian kerajaan juga mencadang memberi kemudahan infrastruktur seperti sekolah, klinik kesihatan, pondok polis, gereja dan surau, pengurusan pembetungan dan pengurusan sisa yang betul, telekomunikasi tanpa wayar, elektrik dan bekalan air bersih.

Sumber: Sabah Daily Express, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*