Usul Mengenai Perjanjian M’sia 1963 Mendapat Sokongan Sebulat Suara Semua Anggota DUN Sarawak?

Mungkin belum pernah berlaku di Dewan Negeri (DUN) Sabah atau pun DUN Sarawak sebelum ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebulat suara meluluskan semalam usul kementerian mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Usul tersebut dibentangkan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dan disokong oleh Tan Sri Dr James Masing, yang juga  Timbalan Ketua Menteri.

Ia nya diluluskan selepas dibahaskan oleh 6 ahli DUN termasuk 4 daripada pembangkang.

Empat anggota pembangkang ialah See Chee How (PKR-Batu Lintang), Wong King Wei (DAP-Padungan), Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) dan Baru Bian (PKR-Ba’kelalan) manakala dua ADUN Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Dr Sim Hui Kian (Batu Kawa) dan Datuk Penguang Manggil (Marudi).

Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar kemudian membenarkan usul itu diundi dan ia sebulat suara mendapat sokongan oleh semua anggota dewan.

Dikatakan keputusan ususl ini memberi mandat kepada kerajaan negeri membentuk pasukan petugas khas peringkat tinggi untuk berunding dengan kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan semua isu tertunggak berkaitan dengan pematuhan dan mendokong perlindungan perlembagaan dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada negeri Sarawak mengikut terma, niat dan semangat MA63.

Bagaiumanapun Douglas Uggah berkata bahawa kelulusan usul ini tidak seharusnya disalahtafsirkan. Sarawak menghormati keputusan pemimpin terdahulu dan kami (Sarawak) akan terus kekal dalam Malaysia.

Sempena sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, 16 Sept lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan akan memberikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam MA63 (Perkara 18 untuk Sarawak dan  perkara 20 untuk Sabah).

Pada 8 Disember 2015, DUN Sarawak meluluskan usul yang dibentangkan oleh Dr Masing agar kerajaan negeri diberi kuasa ambil langkah dan tindakan melindungi Perkara VIII MA63 untuk pelaksanaan sepenuhnya semua syor dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan melindungi hak-hak istimewa negeri dan rakyatnya.

Sebuah pasukan diketuai ADUN Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, yang juga pembantu menteri Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek, dihantar ke London untuk melihat dan meneliti salinan asal dokumen-dokumen berkaitan MA63 yang diklasifikan semula oleh kerajaan Inggeris dan disimpan di Arkib Negara British.

Douglas Uggah berkata pasukan peguam itu telah memperoleh salinan dokumen penting itu yang telah diperakui dan disahkan.

Sumber: Bernama, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*