Rafizi Beri Tips PM Untuk Menang PRU14 Dengan Memenangi Hati Rakyat?

Anih lagi ganjil bila kita mendengar atau pun membaca kenyataan seorang pemimpin pembangkang secara sukarela sudi memberi tip kepada seorang pemimpin kerajaan bagaimana cara menangai Pilihan Raya akan datang?

Dalam kontek ini, Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli, memberikan tips kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi hati rakyat sekaligus Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Rafizi berkata, Najib perlu memberikan subsidi minyak sebanyak RM0.20 sen setiap liter bagi bulan Disember 2017 hingga Januari 2018.

Bulan Disember dan Januari adalah bulan yang paling susah buat rakyat. Sekolah hendak dibuka, hendak bayar yuran sekolah, beli kasut lagi, katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Dikatakan semalam, harga minyak mencatat kenaikan untuk kali keempat berturut-turut sejak 11 Oktober. RON95 mencatat kenaikan RM0.07 sen mencecah kadar RM2.31 seliter.

RON97 pula mencatatkan kenaikan RM0.06 sen seliter dengan kadar baru sebanyak RM2.60 sen seliter sebelum harga asal RM2.54 seliter pada minggu lalu. Harga diesel juga naik RM0.03 sen kepada RM2.20 sen seliter.

Rafizi berkata, kenaikan harga minyak semalam merupakan kenaikan termahal sejak Najib bertugas sebagai menteri kewangan selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Penggunaan purata tahunan petrol dan diesel adalah sebanyak 27 bilion liter seperti jawapan yang diberikan Najib kepada soalan Parlimen Rafizi.
Purata penggunaan petrol dan diesel setiap bulan adalah 2.25 bilion liter.

Subsidi RM0.20 sen setiap liter hanyalah melibatkan peruntukan RM900 juta bagi Disember 2017 ke Januari 2018. Ia hanyalah lebih kurang 25% sahaja dari pendapatan luar jangka yang dikutip Najib sejak awal tahun ini, katanya.

Rafizi juga berkata, kerajaan persekutuan akan mendapat “durian runtuh” apabila harga petrol dan diesel naik.

Kerajaan akan mendapat kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi, kutipan cukai pendapatan petroleum juga akan lebih tinggi serta kutipan cukai pendapatan individu.

Bahkan, kutipan cukai barangan dan pendapatan (GST) juga akan lebih tinggi kerana RON97 dan produk berasaskan petroleum dikenakan GST. Selain itu, kerajaan juga akan mendapat royalti petroleum tinggi, serta dividen tinggi dari Petronas, katanya.

Sumber: AMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*