Suara Dari Penjara: Bersedia Cukai Baharu?

Pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersuara dari penjara Sungai Buloh dengan kenyataan bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini gagal menunjukkan sumber pendapatan kerajaan untuk melaksanakan perbelanjaan yang diumumkan, dan menjangka beban itu akan ditanggung rakyat melalui cukai.

Hanya ada satu penjelasan untuk hal ini; cukai-cukai baru atau peningkatan dan perluasan GST akan dikenakan ke atas rakyat, kata Anwar yang disampaikan oleh peguamnya.

Menurut  Anwar, sekiranya Barisan Nasional memenangi pilihan raya akan datang, kadar cukai barangan dan perhidmatan (GST) akan dinaikkan di samping cukai baharu.

Rakyatlah yang akan menderita, menanggung beban ini untuk membolehkan BN melaksana segala janji yang terkandung di dalam bajet ini, katanya.

Anwar berkata Bajet 2018 menunjukkan “kelompangan cukup besar”. Ia gagal menunjukkan bagaimana kerajaan akan mengimbangkan perbelanjaan dengan pendapatan.

Bagaimanakah kerajaan ini akan menepati janji-janji bajet ini, walhal ia belum menunjukkan bagaimana pendapatan kerajaan akan ditambah? Ini langsung tidak ditunjukkan dalam mana-mana bahagian bajet ini, katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan berjumlah RM280 bilion dalam Bajet 2018, belanjawan terakhir sebelum PRU yang harus dipanggil dalam 10 bulan akan datang.

Antara lain, Najib menurunkan kadar cukap pendapatan yang bakal memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan sederhana, mengumumkan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam, memansuhkan tol di 3 lebuh raya, di samping pelepasan cukai GST terhadap perkhidmatan pihak berkuasa tempatan dan beberapa barangan termasuk pengimportan kapal terbang oleh syarikat penerbangan.

Sumber: FMT

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*