Pilihan Raya Awal Berisiko Untuk BN?

BN akan kekal sebagai parti pemerintah jika mereka memenangi 100 daripada 222 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun secara realistiknya, Umno hanya berpeluang memenangi 57 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, demekian pandangan Seorang saintis politik, Prof Marzuki Mohamad dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dalapada itu, mengadakan pilihan raya umum sekarang agak berisiko untuk beliau, kata Marzuki dalam analisis yang dipetik New Mandala kelmarin.

Katanya, terdapat 48 kawasan bermajoriti bukan Melayu di Semenanjung yang boleh dianggap kerusi selamat buat pembangkang.

BN hanya mempunyai baki 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak yang merupakan “deposit tetap” parti itu.

Bagaimanapun, katanya, 9 daripada kerusi itu kini dipegang pembangkang, dengan 5 lagi terletak di pantai timur Sabah yang cuba dikuasai Parti Warisan Sabah.

Kerusi ini bukan lagi kerusi selamat untuk BN. Jadi, daripada 57 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, hanya 43 kerusi dianggap selamat untuk BN.

Kemenangan BN pada PRU lalu disebabkan kemampuannya membangunkan ekonomi dan mengekalkan kestabilan politik kata Marzuki selanjutnya.

Bagaimanapun, katanya, “keadaan ekonomi sekarang tidak kelihatan baik” susulan kenaikan kos sara hidup, pemansuhan subsidi untuk barangan penting, kadar inflasi disebabkan ringgit yang lemah serta pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6%.

Beliau menjangkakan Bajet 2018 yang bakal dibentangkan di Parlimen akhir bulan ini tidak dapat memberi banyak ruang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mencipta faktor “feel good” kerana “dana kerajaan semakin berkurangan, tanggungan besar dan masih perlu mengurangkan defisit bajet”.

Ini di samping skandal 1MDB yang menurut Marzuki, memberi kesan buruk kepada populariti Najib.

“Berdasarkan situasi ini, Najib mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk mengubah keadaan.

“Tetapi, masa mungkin tidak menyebelahinya,” katanya.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 821 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*