Orang Jepun Bunuh Diri Dituduh Rasuah, Orang Malaysia Tersenyum?

Pelik lagi anih seolah-olah gejala rasuah tidak pernah berlaku ketika era beliau mempunyai tampok kuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan ia nya sebagai satu budaya yang jijik dan memalukan.

Tun M berpendapat bahawa rakyat Malaysia masa kini masih mampu tersenyum walaupun didapati terlibat dalam amalan rasuah, seolah-olah tidak lakukan kesalahan berkenaan.

Mengambil Jepun sebagai contoh, Mantan Perdana Menteri itu berkata bahawa masyarakat Jepun menekankan maruah diri dan diterapkan sejak kecil sehingga ada yang sanggup membunuh diri sekiranya dituduh melakukan rasuah.

Dalam kes rasuah ini undang – undang sekalipun tidak berkesan dan tidak dapat basmi rasuah di negara ini, kata nya.

Dr Mahathir berkata, undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah rasuah. Bagi mantan Perdana Menteri itu, rasuah dapat dibendung hanya apabila rakyat menganggap rasuah sebagai perbuatan keji.

“Cuba kita terapkan nilai tidak membunuh sama dengan nilai tidak mengambil rasuah. Kita tidak membunuh seseorang itu bukan disebabkan undang-undang yang wujud, tetapi kita tidak membunuh sebab kita anggap ia tindakan yang salah dan menjijikkan.

“Kalau kita dibesarkan dengan percaya amalan rasuah adalah jenayah dan tidak lakukan sesuatu yang dilarang, maka rasuah tidak akan berlaku”, katanya.

Laporan indeks persepsi rasuah 2016 yang diterbikan Transperancy International menunjukkan Jepun berada di kedudukan 20 daripada 176 buah negara. Manakala, Malaysia berada di kedudukan ke-55.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 821 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*