Bajet 2018 Fokus Kos Sara Hidup Tinggi?

Mungkin Bajet 2018 akan datang ini berbeza dan lebih menarik dari bajet-bajet sebelum nya kerana ia tertumpuh kepada kesejahteraan rakyat, terutama dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Kalau sebelum ini bajet banyak di tumpuhkan kepada pembangunan mega khusus nya di semenanjung Malaysia.

Pasti nya isi kandungan bajet tersebut akan dinanti-nantikan oleh rakyat jelata diseluruh negara khususnya mereka yang berhadapan dengan kos tinggi keperluan harian yang kian hari semakin memuncak wal hal pendapatan tidak bertambah.

Kenyataan ini di umumkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Program Keusahawanan Bumiputera (Bahtera) Edisi Selatan 2017.

Kata beliau selanjutnya, Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada 27 Oktober ini akan lebih tertumpu kepada kesejahteraan rakyat, terutama dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Selain itu ia juga akan memberi lebih banyak peluang kepada rakyat untuk menceburi bidang keusahawanan.

Menurut Mohd Irwan Serigar perkara ini merupakan antara agenda utama kerajaan dalam membantu rakyat, dan pada masa yang sama memastikan ekonomi negara dapat terus berkembang.

Perincian maklumat tersebut akan dijelaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018, di Dewan Rakyat pada 27 Oktober akan datang.

Antara agenda utama bajet kali ini termasuk usaha kerajaan membantu menyediakan platform, selain bertindak sebagai pemudah cara kepada golongan usahawan dalam majukan syarikat-syarikat niaga baharu, industri kecil dan sederhana.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 821 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*