Kereta Api Berkelajuan Tinggi Untuk Semenanjung, Sabah Bagaimana?

Mungkin ada yang setuju atau pun tidak? Atau pun pandangan Presiden Pembangkang Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dalam isu kereta api  ini hanya lah sekadar gimik PRU14 untuk meraihkan sokongan pengundi.

Bagaimanapun Shafie yang pernah berkhidmat sebagai  Menteri Perseketuan sejak sekian lama berkata keadaan perkhidmatan kereta api di Sabah ada lah menyedihkan.

Kerajaan Persekutan membelanjakan berbilion ringgit untuk membina landasan berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Tumpat di Kelantan manakala di Sabah perkhidmatan kereta api dari Kota Kinabalu ke Tenam masih lagi mengunakan modal yang lama, kata Shafie.

Rombongan saya memilih untuk menaiki kereta api dari Beaufort ke Tenom yang membawa kami lebih daripada dua jam.

“Keadaan semakin teruk ketika sampai ke stesen Pangi di mana terdapat kerosakan pada salah satu kereta dan penghawa dingin tidak berfungsi, ini memaksa penumpang untuk bergerak ke gerabak lain “, katanya.

“Saya rasa ini adalah pencapaian kepimpinan kerajaan negeri, yang mereka banggakan,” kata Shafie ketika memberitahu kira-kira 2,000 orang menghadiri sesi bertemu rakyat di Kg. Ulloi, di Tenom baru-baru ini.

Dalampada itu, Shafie juga berkata penangkapan salah seorang naib presiden parti tidak akan melemahkannya parti. Disamping itu pemimpin yang bersangkutan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah oleh Mahkamah, katanya.

Beliau mengulangi bahawa beliau tidak ada kaitan dengan tuduhan yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana syarikat-syarikat kontraktor yang disiasat bukan miliknya.

Malah, beliau berkata persembahannya di KKLW ketika beliau mantan menteri itu mendapat Indeks Prestasi Utama (KPI) yang sangat baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2009, 2012 dan 2013.

Orang ramai tahu isu skandal Sabah Watergate dengan berjuta-juta ringgit yang terdapat di pejabat dan rumah suspek termasuk aset mewah tetapi malangnya kes itu berakhir tanpa kesudahan selepas disiasat SPRM, Jelas Shafie.

Sumber: Sabah Daily Express, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*