Malaysia Diramal Dilanda Banjir Besar Bulan Ini?

Entah benar atau pun tidak, Malaysia diramal mengalami banjir besar pada bulan ini ekoran berlakunya fasa perubahan tiupan monsun bermula baru-baru ini.

Menurut sumber, taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal bahawa akan berlakunya fenomena ini dan ia diramal berlaku di seluruh rantau ini termasuk Indonesia dan Filipina.

Dalampada itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata bahawa beliau telah meminta kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia  mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan fenomena ini.

Selama hampir lapan bulan, kita mengkaji pola taburan hujan di setiap kawasan dan ia agak berlainan dengan data-data ini kita simpan di Jabatan Pengairan dan Saliran, katanya.

Daripada kajian ini kata beliau lagi, pihaknya mendapati fakta yang dikumpul pada tahun 2012 hingga 2014 berkait taburan hujan dan banjir tidak lagi tepat dan relevan dengan data terkini.

Beliau juga telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula dari pelbagai sudut akan fakta-fakta taburan hujan ini dan mengenal pasti tempat-tempat yang dahulunya tidak banjir tetapi kini tenggelam, seperti yang kita lihat telah berlaku di Semenanjung.

Sumber: Astro Awani, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*