Kemiskinan, Gelandangan Di Ambang Bajet 2018?

Selain dari fokus kepada isu-isu rasuah yang kian meninggkat, masalah kemiskinan tegar dikalangan rakyat masih perlu  diambil perhatian.

Selalu nya kira mendengar para pemimpin politik dan aktivist masyarakat menekankan agar kerajaan perihatin terhadap kos sara hidup warga miskin di luar bandar, khusus nya bantuan rumah murah atau membina rumah mampu milik dikalangan pejawat awam yang berpendapatan rendah.

Menurut Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), miskin bandar ada lah lebih teruk berbanding di luar bandar kerana kebanyakan dikalangan mereka tidak boleh bercucuk-tanam untuk kegunaan sendiri di kawasan kediaman.

Keadaan mereka tidak jauh bezanya dengan golongan gelandangan demekian kata Datuk Azih Muda, Presiden CUEPACS.

Azih berharap sistem permasalahan ini dapat diperbaiki dan dimasukkan ke dalam Bajet 2018.

Penghijaran penduduk dari luar bandar ke kawasan bandar telah berlaku sejak lebih empat dekad dahulu, iaitu kira-kira 10 tahun selepas negara mencapai kemerdekaan.

Hal tersebut didorong oleh pertumbuhan ekonomi yang pesat serta disokong pembangunan prasarana yang lengkap di kawasan bandar.

Hasilnya, wujudlah golongan miskin bandar yang terpinggir dan tersepit lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup yang saban tahun meningkat, selari dengan kepesatan kadar pembandaran.

Lebih malang, mereka yang menyumbang peratusan tertinggi dalam golongan miskin bandar ini adalah warga bumiputera. Ini termasuk mereka yang berkhidmat dijabatan-jabatan kerajaan.

Pada hakikat nya, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta peningkatan kos sara hidup lebih dirasai oleh rakyat di bandar.

Warga kota lebih mudah merasai beban kenaikan kos sara hidup memandangkan rata-rata penduduk bandar memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi menampung urusan keluarga mereka.

Antara langkah yang dilihat sesuai untuk diambil ialah;

  1. Mewujudkan lebih banyak kedai yang menawarkan barangan dan perkhidmatan pada harga yang berpatutan kepada penduduk bandar saperti Kedai 1Malaysia.
  2. Mewujudkan lebih banyak klinik dan pusat perkhidmatan kesihatan yang menawarkan skop perkhidmatan kesihatan yang lebih luas pada harga yang berpatutan kepada penduduk kota.
  3. Mengambil langkah proaktif mengawal harga rumah yang dilihat meningkat semenjak akhir–akhir ini…Langkah efektif perlu diambil supaya rumah-rumah yang terletak di kawasan bandar serta yang berada di sekitar kawasan yang berhampiran dengan kawasan bandar mampu dimiliki oleh semua golongan terutamanya golongan muda.
  4. Pihak kerajaan juga perlu mengambil langkah segera mengawal isu muflis itu antaranya dengan mengurangkan kadar faedah pinjaman yang perlu dibayar oleh mereka di samping terus memberi didikan perbelanjaan kewangan terhadap golongan terbabit serta semua pihak yang berkaitan.

Isu golongan gelandangan yang berada di kota juga perlu ditangani, apa lagi semenjak akhir-akhir ini isu ini telah mendapat perhatian secara meluas, pihak media.

Untuk mencari tempat berteduh dan kawasan bagi mengelak daripada panas dan hujan, kebanyakan golongan gelandangan ini terpaksa tidur di kawasan terbuka seperti di bawah jambatan, tepi hentian bas, di dalam tandas awam, di bawah pokok rendang di tengah kota dengan susunan kotak dan sebagainya.

Sumber: Utusan Online, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*