Para Guru, Murid Di Gesa Sertai Aktiviti Umno Mengundang Kritikan Pelbagai Ahli Politik?

Dikatakan para guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) didapati mengambil bahagian dalam satu pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku” baru-baru ini.

Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah, dan para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti. Pada satu tahap sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.

Tengku Adnan dalam ucapannya di program itu menggesa para guru menyertai Umno. Selepas menteri menggulung ucapannya, para murid melaungkan “Hidup Umno!”.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa ketika di tanya mengenai perkara tersebut , dengan ringkas berkata bahawa beliau tiada masalah dengan tindakan Menteri Datuk Seri Tengu Adnan Tengku Mansor menggesa para guru menyertai Umno dalam satu pertandingan bertemakan Umno di sebuah sekolah di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai larangan penjawat awam berpolitik.

Perkembangan itu mengundang kritikan daripada ahli politik dan aktivis, yang mengingatkan sekolah bukan lapangan untuk berpolitik.

Dr Mahathir Mohamad membandingkan perbuatan tersebut berunsurkan amalan kediktatoran.

Selama 22 tahun sebagai presiden Umno, beliau tidak pernah menggunakan langkah-langkah sedemikian di mana kemudahan kerajaan seperti sekolah digunakan untuk mempromosikan parti politik.

Dalampada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyamakan acara itu kepada jenis penerimaan yang biasanya diberikan kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Jika UMNO berani berterus terang berpolitik di sekolah, sepatutnya ruang politik juga dibuka kepada parti-parti politik lainnya,kata Dr Riduan Mohd Nor, Ahli jawatankuasa PAS Pusat

Sumber: FMT

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*