Gara-Gara Pesta Oktoberfest, Pesta Kaamatan Juga Mungkin Diharamkan?

Mungkin ada yang tidak setuju bilamana sesorang rakyat Sabah sendiri melebalkan konsep persamaan di antara Oktoberfest (Pesta sebagai merayakan pembuatan bir di Malaysia) dengan Pesta keaamatan ( Tadau Kaamatan di rayakan sebagai tanda kesyukuran kepada semangat padi iaitu Bambarayon selepas habis tuaian padi dan memperingati semangat pengorbanan Huminodun untuk menurunkan hujan).

Secara am nya Pesta Oktoberfest merupakan sebahagian daripada budaya penduduk Bavaria, German sekadar untuk memenuhi citarasa pengunjung dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Australia, England, Scotland, Belgium, Germany, Denmark, Norway, Japan, Thailand dan Vietnam yang berada di Malaysia.

Manakala Pesta kaamatan ataupun Tadau Kaamatan merupakan salah satu perayaan yang penting dan bermakna kepada masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dan ia telah di rayakan dari turun temurun dari nenek moyang hingga hari ini.

Jauh berbeza dengan Oktoberfest ia nya berakhir dengan acara pemabukan arak, Tadau Kaamatan disebaliknya tidak menekankan bahawa acara minum arak itu ada lah acara kemuncak pesta tersebut.

Justeru kebimbangan Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin terhadap Pesta Kaamatan yang berkemungkinan akan diharamkan ada lah tidak berasas sama sekali.

Menurut Chan beliau bimbang ekstremisme agama yang dijadikan asas pembatalan pesta bir di Kuala Lumpur akan menular di Sabah,  dimana kerajaan akan mengharamkan perayaan Tadau Kaamatan di negeri ini.

Dalampada itui, Setiausaha Agung Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Donald Mojuntin, berkata pesta arak itu tidak sepatutnya dikaitkan dengan Pesta Kaamatan yang diiktiraf sebagai perayaan rasmi dengan dua hari cuti umum di Sabah.

Katanya, pengharaman minuman keras dalam perayaan Pesta Kaamatan tidak pernah timbul kerana tahap persefahaman dan penerimaan serta penghormatan antara rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya yang tinggi di negeri ini.

Sabah ada kerajaan sendiri yang melindungi negeri ini daripada semua elemen yang menjejaskan keharmonian sedia ada dalam kalangan rakyat, kata Donald.
Sumber: FMT, BH Online, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*