Akhbar Nasional Tidak Lagi Beredar Di Sabah, Sarawak Mulai Awal Bulan Ini?

Nampak nya pengaruh digital dan cyber ini bertambah besar lagi berkesan sehingga mampu menutup edaran  surat khabar di pasaran, khususnya  di Sabah dan Sarawak.

Dikatakan mulai 1 hb October 2017, tidak akan ada lagi akhbar nasional dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang berpangkalan di Kuala Lumpur beredar di Sarawak dan Sabah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) Datuk Abdul Jalil Hamid, syarikat itu akan memberhentikan percetakan dan pengedaran News Straits Times, Harian Metro dan Berita Harian.

Bagaimanapun, NSTP telah mengambil langkah berani untuk menawarkan hanya versi digital kepada akhbar-akhbar perdananya di Sabah dan Sarawak,katanya dalam kenyataan yang disiarkan dalam BH hari ini.

“Memandangkan ramai pembaca kami di Sabah dan Sarawak hari ini telah beralih ke versi digital, keputusan telah diambil untuk memberhentikan cetakan kami di Sabah dan Sarawak dan hanya menumpu kepada penghasilan versi digital yang lebih baik dan bermutu tinggi,” katanya.

Beliau berkata, bagi menambah nilai transformasi berkenaan, ketiga-tiga akhbar perdana terbabit akan turut menawarkan edisi tertentu di Sabah dan Sarawak dengan lebih berita tempatan dan pengisian yang lebih relevan untuk masyarakat.

Penganalisis media berkata langkah itu terpaksa diambil oleh pihak akhbar terbabit untuk menjimatkan kos di sebalik edarannya merudum.

Angka terbaharu menurut Biro Audit Edaran (ABC) menunjukkan semua akhbar dalam semua bahasa mengalami kemerosotan teruk dari segi edaran antara 18 hingga 62.2 peratus.

Kemerosotan itu kata penganalisis berpunca antaranya kerana pembaca lebih berminat membaca berita daripada portal kerana cepat dan percuma, selain laporan media arus perdana yang disifatkan sendeng atau bias.

Dengan pemberhentian pengedaran tiga akhbar itu, bermakna berakhirlah era pengedaran akhbar cetak di Sarawak dan Sabah.

Beberapa bulan lalu akhbar nasional yang lain, The Star dan Utusan Malaysia juga memberhentikan edarannya di kedua-dua negeri itu.

Sumber: Sarawakvoice, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*