Tun M Kini Sedar DAP Sama Sekali Bukan Parti Cauvinis Cina?

Setelah memegang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mula sedar dan mengakui DAP bukan “parti cauvinis Cina” sapertimana yang beliau labelkan ketika menjadi presiden parti selama 22 tahun.

Beliau yang bertanggungjawab memulakan pelabelan DAP sebagai parti cauvinis Cina. Tetapi setelah mendekati mereka, beliau mendapati DAP bukan parti hanya untuk Cina seperti MCA.

Dari kenyataan Tun M itu nyata bahawa selama ini ketika beliau berkuasa bersama UMNO, beliau tidak tahu bahawa DAP ada lah parti berbilang kaum terdiri dari India, Cina dan juga beberapa orang bumiputera yang lain.

DAP adalah berbilang kaum. Mereka mempunyai orang Melayu dan juga India dan imej yang saya bina mengenai DAP tidak benar, akui Tun M.

Lim Kit Siang bukan anti-Melayu. Beliau berjuang untuk kaumnya seperti yang saya lakukan untuk kaum saya, tambah beliau.

Selanjutnya, Dr Mahathir berkata sejak pertemuan dengan mereka, mereka bercakap bahasa Melayu, bahasa kebangsaan. Sekiranya mereka bercakap dalam bahasa Mandarin, kaum India dan Melayu tidak akan faham. Lagu mereka juga dalam bahasa Melayu, katanya.

Jadi DAP tidak begitu buruk sehingga kita tidak boleh bekerjasama dengan mereka, itu lah kenyataan dari Tun M.

Dalam kontek ini, mungkin ini lah yang disebut-sebutkan; lain padang lain belalang… Belum kenal maka tak cinta.

Bagimanapun kalau di Sabah, majoriti masyarakat disini masih lagi beranggapan parti DAP sebagai parti berorientasikan pengaruh orang-orang Cina, apa lagi bila pemimpin bumiputera saperti Dr Edwin Bosi telah meninggalkan parti tersebut.

Apa pun alasan, DAP ada lah sebuah parti yang di dominasikan oleh masyarakat Cina, khusus nya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Dalampada itu, Tun M berkata PPBM, PKR dan Amanah, sebagai komponen lain dalam PH, semuanya diketuai oleh orang Melayu dengan hanya DAP yang dipimpin oleh orang Cina, khususnya Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan Kit Siang.

Beliau berkata ketiga-tiga parti mempunyai bakat yang cukup untuk membolehkan orang Melayu memimpin sebuah kerajaan yang dibentuk oleh PH.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*