KSU Perbendaharaan Dikritik Dakwa Rakyat Malaysia Miskin Malas?

Ekoran kenyataan mendakwa rakyat Malaysia yang miskin berada dalam keadaan sedemikian kerana mereka tidak cukup berusaha jika dibandingkan dengan warga asing, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berhadapan dengan kritikan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J Solomon menyifatkan kenyataan Irwan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membuat kenyataan semborono.

Solomon berkata kenyataan Irwan hanya akan mengundang polemik yang tidak perlu yang mana ia tidak mengatasi masalah dihadapi oleh kumpulan pekerja B40 dan dan M40.

“Rata-rata rakyat Malaysia berhadapan dengan perbelanjaan tetap untuk keperluan-keperluan tidak dapat dielakkan, termasuk pinjaman rumah, perbelanjaan perubatan, kos pengangkutan, pendidikan anak-anak, dan perbelanjaan wajib seperti GST, cukai lain dan pembayaran statutori.

“Juga harus dinyatakan bahawa taraf hidup pekerja asing di negara ini juga dalam keadaan yang menyedihkan, jadi kenyataan itu tidak wajar, Kata Solomon.

Solomon juga mengingatkan Irwan, kaum pekerja adalah tulang belakang ekonomi negara dan oleh itu, tidak adil bagi Irwan untuk membayangkan rakyat Malaysia yang miskin adalah malas.

Beliau turut mempersoalkan sama ada Irwan merujuk kepada sebarang data apabila membuat kenyataan itu, terutamanya mengenai bilangan orang asing yang didokumenkan dan tidak ada dokmen sah yang bekerja atau menjalankan perniagaan di negara ini dan juga pendapatan bulanan masing-masing.

Sebelum ini, Irwan berkata rakyat patut lebih berjaya daripada warga asing yang tinggal di negara ini. Menurut Irwan, jika ada rakyat yang miskin, ia disebabkan mereka tidak cukup berusaha.

Jika mereka mempunyai tangan, kaki dan boleh berjalan, mereka boleh mencari nafkah di Malaysia, kata nya.

Sementara itu, Wong Chen dari PKR berkata sesuatu yang “amat sedih” apabila pegawai kanan kerajaan seperti Irwan yang sepatutnya membantu golongan miskin melalui dasar yang baik, gagal memahami masalah mereka, sebaliknya membuat kenyataan memperlekeh rakyat negara ini.

Beliau sepatutnya tahu untuk berterima kasih kepada pentadbirannya sendiri, kita mempunyai kira-kira 6 juta pekerja asing yang sah dan tiada dokumen, kata Wong sambil menambah, pekerja-pekerja asing merupakan penyumbang utama kepada penindasan gaji penduduk tempatan.

Bagi mereka yang menjadi usahawan, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya itu, Irwan perlu tahu bahawa ramai yang mungkin melanggar syarat pas kerja mereka dan menjalankan aktiviti tersebut tanpa mematuhi peraturan yang sama mengikat penduduk setempat.

Aktiviti waktu malam ini berkembang kerana kekurangan penguatkuasaan oleh kerajaan sendiri, sehingga memberi mereka kelebihan kompetitif ke atas perniagaan tempatan, kata Wong.

Sumber; FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*