Betul kah Warga Asing Kuasai Perniagaan Di Malaysia?

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata rakyat patut lebih berjaya daripada warga asing yang tinggal di negara ini.

Jika warga Indonesia mampu mencari nafkah di sini, rakyat Malaysia patut lebih berjaya, katanya.

Sudah pasti sesiapa yang rajin berusaha, boleh berjaya di bumi Malaysia yang sememangnya menawarkan banyak peluang perniagaan.

Beliau selanjutnya berkata terdapat 4 juta warga asing di Malaysia, dan sesetengahnya menjalankan perniagaan.

Dalam pada itu, warga asing kini dikatakan mendominasi perniagaan terutamanya bidang makanan dan minuman bukanlah perkara baharu.

Ada di antara mereka sudah menjadi majikan di negara ini sekali gus  bergelar jutawan di kampung halaman mereka.

Pada dasar nya pekerja asing sepatutnya bekerja dan bukannya menjalankan perniagaan.
Mereka hanya layak bekerja dalam lima sektor yang dibenarkan kerajaan Malaysia iaitu;
1) Perkilangan
2) Perladangan,
3) Pertanian,
4) Pembinaan
dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Namun, tak ada pun disebutkan mereka dibenarkan berniaga.

Bagaimanpun menurut sumber punca perkara ini berlaku ada lah disebabkan tindakan penduduk tempatan yang mahu keuntungan cepat tanpa bersusah-payah, sanggup memberikan sewa kepada pendatang asing berniaga di premis mereka.

Selain itu, sifat penduduk tempatan yang terlalu pilih kerja buka ruang warga asing monopoli perniagaan.

Berbanding dengan pekerja asing yang tidak banyak ragam dan mudah diarahkan berbanding rakyat tempatan yang suka melawan majikan dan berhenti kerja sesuka hati, demekian menurut seorang Peniaga, Hasnah Safian dari Shah Alam.

Untuk membendung masalah ini selain dari kita sendiri perlu berusaha lebih gigih, kerajaan juga perlu memantau peniaga bumiputra supaya kewangan dapat diguna dengan bijak untuk memajukan perniagaan.

Sumber: BH, FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*