Kes Jake Nointin Meninggalkan PBS Masih belum Bernoktah?

Nampak nya isu Datuk Jake Nointin meninggalkan PBS belum  lagi bernoktah walaupun Christopher Nandut di lantik mengambil alih jawatan ketua Pemuda PBS Sabah. Kes ini berlanjutan bilamana PBS akan menghukum mereka yang menghadiri sidang akhbar Jake ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk keluar parti.

Setiausaha parti Datuk Johnny Mositun berkata parti itu secara khusus telah mengeluarkan arahan kepada anggotanya yang melarang mereka menghadiri acara itu pada Jumaat lepas tetapi menerima laporan mengenai beberapa ahli yang menentang perintah itu.

Jumaat lepas, Jake  mengumumkan di Keningau bahawa dia telah melepaskan parti dan semua jawatannya, termasuk sebagai ketua bahagian di Liawan.

Mositun berkata kepimpinan negeri mengambil alih bahagian Liawan dan akan menyusun semulanya berikutan peletakan jawatan Nointin.

Saperti yang saya nyatakan dalam post sebelum ini bahawa apa pun alasan atau kenyataan namun tidak dapat di elakkan bahawa perkembangan ini serba sedikit dijangka akan menganggu kestabilan jentera pilihan raya PBS dalam persediaan PRU14 akan datang.

Apa lagi bila memikirkan ada dikalangan pengikut Jake yang akan diambil tindakan displin kerana menghadiri acara sidang akbar tersebut baru-baru ini.

Apa-apa pun, pasti nya mereka yang terlibat itu mempunyai pengikut; justeru tidak heran kalau pengikut tersebut akan mengambil langkah mempertahankan maruah pemimpin mereka dengan bertindak balas terhadap parti .

Dalam hal-hal tertentu, PBS sepatutnya fokus dalam usaha mereka mengemas-kinikan jentera pilihan raya  secara total, namun disebaliknya PBS kini sibuk mengambil tindakan displin terhadap mereka yang didapati terlibat dan bersalah.

Walaupun perkara ini nampak kecil tetapi pada keseluruhan nya ia akan menganggu kestabilan parti khususnya jentera pilihan raya PBS dalam persediaan PRU14 akan datang.

Sumber: Malay Mail Online, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*