Pakatan Harapan Banyak Janji Kepada Rakyat Sabah, Sarawak?

Sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (PH) berjanji autonomi kepada kepada Rakyat Sabah, Sarawak untuk mencapai status ‘rakan kongsi setara’ yang merupakan asas Pembentukan Malaysia.

 

Melalui manifesto baharu yang digelar “Janji Baharu PH Bagi Sabah dan Sarawak”, telah mengambil kira fakta bahawa penduduk Sabah dan Sarawak ketinggalan dalam banyak bidang berbanding penduduk di Semenanjung Malaysia.

Janji-janji tersebut dikatakan akan menangani keperluan dan aspirasi rakyat Sabah berbanding manifesto Pakatan Rakyat semasa PRU13.

Janji-janji tersebut yang memberi jaminan reformasi struktur dan tadbir urus yang baik berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan ada lah;

1) Memberi jaminan kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa beliau akan mengkaji ketidakpuasan hati mereka mengenai status negeri mereka dalam Persekutuan Malaysia.

Ramai orang tidak gembira. Kita perlu kaji ketidakpuasan hati mereka mengenai Perjanjian Malaysia 1963.
Kita perlu kaji semua. 16 perkara di Sarawak dan 20 perkara di Sabah,kata Tun Dr Mahathir Mohamad

2) Mewujudkan kerusi Timbalan Perdana Menteri kedua khusus untuk Sabah dan Sarawak.

Menurut Pengerusi PH Sabah, Christina Liew berkata jawatan itu akan membolehkan perwakilan lebih baik bagi kedua-dua negeri Borneo di peringkat persekutuan.

3) Mengembalikan 50% pendapatan persekutuan yang dikutip dari Sabah kembali ke negeri itu.

4) Mengkaji semula dan bertindak atas cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah.

5) kerajaan PH akan membersihkan daftar pemilih dan meletakkan penekanan terhadap pendidikan di Sabah.

6)Kawalan ke atas produk petroleum, dan pendidikan.
Dalam isu ini PH akan kaji dengan fikiran terbuka, kata Tun M memberi jaminan..

Dengan Tun M selaku ketua Umum PH, entah janji-jani ini dapat dikotakan atau pun janji sekadar janji, hanya rakyat Sabah, Sarawak yang pernah merasa akan menentukan nya pada PRU 14 akan datang ini.
Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*