Tindakan Jake Nointin Keluar Parti, Di Jangka Menganggu Kestabilan Jentera PRU PBS Sabah?

Ketika Negara sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU14), Datuk Jake Jikulin Nointin selaku Ketua Pemuda Pemuda PBS Sabah dan beberapa orang pemimpin dikawasan Liawan telah mempertaruhkan masa depan mereka bersama parti tersebut dengan mengambil langkah kiri; keluar parti.

Apa pun alasan atau kenyataan namun tidak di elakkan bahawa perkembangan ini serba sedikit dijangka akan menganggu kestabilan jentera pilihan raya PBS dalam persediaan PRU14 yang dijangka berlansung tidak lama lagi.

Apa lagi bila memikirkan pengaruh Jake dikalangan pemuda PBS yang menyokong beliau selama ini.

Dalam kenyataan ringkas, Jake Nointin memberitahu bahawa beliau dan beberapa kawan seperjuangan dalam PBS membuat ketetapan untuk menamatkan keahlian mereka berpunca dari tindak tanduk Pucuk pemimpin parti yang tidak lagi fokus dan hilang hala tuju dalam memerealisasikan matlamat dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Saperti biasa, Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyelarkan tindakan Jake Nointin keluar daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) itu tidak menggugat kekuatan parti itu dan Barisan Nasional (BN) di negeri Sabah.

Ongkli selanjutnya berkata bahawa secara keseluruhan, pengumuman Jake tidak mewakili kesemua Jawatankuasa Bahagian, cawangan serta anggota PBS di kawasan Liawan saperti dilapurkan sebelum ini.
Agak nya perkembangan selanjutnya pasti akan kita dengar khusus nya hala tuju Jake Nointin selapas PBS, sama ada beliau menyertai parti pembangkang saperti Warisan atau pun parti yang lain dalam komponen BN.

Sumber: Malaysia Kini, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*