KL Berisiko Kehilangan Sabah, Sarawak Sekiranya Menyokong Usul Pas Untuk Melaksanakan Hudud?

Agak anih lagi pelik bilamana seorang bekas Ketua Polis Negara (IGP) berpandangan bahawa Kerajaan Persekutuan bukan sahaja akan kehilangan harmoni dan sokongan Sabah dan Sarawak tetapi rakyat di kedua-dua negeri tersebut mungkin akan memikirkna untuk keluar dari persekutuan malaysia jika sekiranya kerajaan menyokong tuntutan PAS untuk melaksanakan Hudud (undang-undang Syariah) bagi memastikan untuk terus berkuasa.

Kenyataan ini dibuat oleh Tan Sri Abdul Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara (IGP), dalam satu forum “Malaysia in the Future” di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Beliau mengingatkan bahawa apabila membincangkan penggabungan yang membawa kepada Perjanjian Malaysia 1963, orang di kedua negeri, tanpa mengira kaum dan agama, tidak bersetuju bahawa Islam harus menjadi agama persekutuan Malaysia baru.

Ini jelas dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, katanya sambil menambah bahawa keadaan itu berbeza dengan di semenanjung sehingga ke hari ini.

Langkah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) adalah taktik yang berbahaya kerana ia menyebabkan orang bukan Islam merasa tidak selesa, kata Rahim

Menurut Rahim, beliau pernah menyatakan kebimbangan mengenai impaknya terhadap Sabah dan Sarawak yang mempunyai penduduk Bumiputera bukan Islam yang besar.

Sekiranya kebimbangan rakyat terhadap isu agama menjadi panas, Malaysia mungkin akan menjadi huru-hara, kata Rahim.

Justeru rakyat Sabah dan Sarawak mungkin berfikir dua kali sama ada untuk terus berada di Malaysia atau tidak, katanya.

Secara peribadi, Rahim berkata beliau lebih suka model Pancasila yang digunakan oleh Indonesia di mana tidak ada agama yang diisytiharkan sebagai agama rasmi untuk negara ini.

Beliau berkata ia tidak sepatutnya menjadi isu bagi Malaysia dan juga negara majoriti Muslim yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka dengan memetik Mesir dan Indonesia sebagai contoh.

Apa lagi bilamana terdapat kecenderungan di kalangan orang Melayu untuk menjadi lebih Arab berbanding orang Arab.

Konflik agama, katanya, akan menjadi isu yang terlalu panas jika Kerajaan Persekutuan terus tunduk kepada tekanan dan menjadikan negara ini  terlalu Islam.

Lebih buruk lagi, katanya, apabila rakyat di Sabah dan Sarawak tidak merasakan mereka mempunyai sebarang persamaan dengan mereka di Malaysia Barat.

Kita harus mengakui bahawa rakyat Malaysia Barat dan rakyat Malaysia Timur mempunyai budaya dan sejarah yang berbeza. Selain itu kita masih belum mampu mencipta bangsa Malaysia, kata Rahim.

Dalampada itu, Majlis Gereja-gereja Sabah memuji kenyataan yang dibuat oleh manatn Ketua Polis Negara, yang mengatakan bahawa Persekutuan Malaysia tidak pernah menjadi negara Islam.

Presidennya, Uskup Anglikan Melter Jiki Tais mengakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia tetapi menegaskan tidak sepatutnya menjadi agama rasmi di Sabah dan Sarawak.

Sumber: – Sabah Daily Express

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*