Kerajaan Sabah, Sarawak Mempunyai Kuasa Mutlak Sekat Kemasukan Seseorang Dari Luar Ke 2 Negeri Itu?

Mahkamah Perseketuan mengesahkan 2 negeri Sabah, Sarawak mempunyai kuasa mutlak dan tidak terbatas untuk menentukan siapa yang boleh memasuki negeri berkenaan.

Mereka tidak perlu memberi alasan menolak kemasukan di bawah Seksyen 67 Akta Imigresen, walaupun untuk kegiatan politik yang sah, demekian kata kata Peguam, Gurdial Singh Nijar bekas pensyarah undang-undang Universiti Malaya.

Mahkamah Persekutuan kelmarin menolak permohonan bekas presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan mencabar larangan beliau ke Sabah, dengan memutuskan pihak berkuasa Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa mutlak untuk menyekat kemasukan seseorang ke 2 negeri itu.

Ambiga memohon semakan kehakiman ke atas larangan beliau memasuki Sabah pada 25 November 2014, untuk menghadiri satu jerayawara anjuran kumpulan pro-perpaduan, Negara-Ku di bawah naungannya.

Beliau kemudian menulis surat kepada pihak berkuasa imigresen negeri bagi mendapatkan penjelasan berhubung larangan itu, tetapi tiada jawapan diberikan.

Dikatakan kes ini sinonim kes Sugumar, seorang peguam yang lahir di Semenanjung Malaysia dan menjalani latihan di Kota Kinabalu, memohon mahkamah mengembalikan permit kemasukannya ke Sabah.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan hak kebebasan individu dijamin di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsirkan secara umum, oleh itu permohonan Sugumar ditolak.

Shamsul Bolhassan yang mewakili Putrajaya dan Kementerian Dalam Negeri berkata, Perkara 74 Perlembagaan memberi kuasa imigresen kepada Sabah dan Sarawak untuk mengawal kemasukan individu ke 2 negeri itu.

Peguam negeri Sabah, Mohamed Hanafiah Kassin berkata, kuasa imigresen untuk 2 negeri itu adalah unik dan diberikan di bawah peruntukan khas apabila Malaysia dibentuk.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*