40 Juta Jadi Hamba Moden, 15 Juta Mangsa Khawin Paksa?

Mungkin ada dikalangan kita tidak tahu bahawa lebih daripada 40 juta penduduk dunia terjebak dalam kancah ‘perhambaan moden’ tahun lalu melalui kegiatan buruh dan perkahwinan paksa, lapor kajian terkini oleh kumpulan anti perhambaan antarabangsa.

Daripada 40 juta rakyat dunia yang terperangkap dalam penghambaan moden, kira-kira 129,000 orang adalah di Malaysia.

Dalam konteks Asia Tenggara, Malaysia mempunyai kekerapan kelima tertinggi dari segi peratusan penghambaan meletakkannya di belakang Kemboja, Myanmar, Brunei dan Thailand.

Laporan itu juga membongkar kes-kes buruh paksa dan eksploitasi dalam industri tertentu menjurus kepada penghambaan moden ini.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO); Yayasan Walk Free Foundation dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi menganggarkan seramai 24.9 juta menjadi buruh paksa di kilang-kilang, tapak pembinaan, ladang, bot nelayan termasuk sebagai pekerja seks, manakala 15.4 juta lagi terperangkap dalam perkahwinan paksa.

Nisbah satu daripada empat hamba adalah kanak-kanak dan hampir tiga daripada setiap empat hamba adalah wanita atau kanak-kanak perempuan, dengan perhambaan moden yang paling lazim berlaku di Afrika diikuti oleh Asia dan Pasifik.

Laporan itu juga mendapati lebih daripada satu pertiga daripada 15 juta mangsa perkahwinan paksa berusia di bawah 18 tahun ketika berkahwin, dan hampir separuh daripadanya adalah di bawah usia 15 tahun.

Laporan tersebut menekankan bahawa jenayah itu semakin berleluasa di semua negara selain menggesa hak buruh, pentadbiran pendatang serta pengecaman mangsa yang lebih baik.

Pakar buruh paksa ILO, Houtan Homayounpour berkata, sebelum ini, kumpulan tersebut menggunakan data, definisi dan metodologi berbeza namun usaha bersama tersebut berjaya membantu mereka memperoleh jumlah yang lebih tepat.
Sumber: Reuters, Berita Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*