PM Ikrar Terus Bela Hak Sabah, Sarawak; PH Ikrar Layanan Adil Bagi Sabah, Sarawak?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan hak Sabah dan Sarawak akan terus dipelihara dalam Persekutuan Malaysia, selain memastikan rakyat kedua-dua negeri itu terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa khas mengkaji hak orang Sabah dan Sarawak sudah ditubuhkan bagi memastikan hak serta kepentingan kedua-dua negeri itu dipenuhi berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

 

Mananakala Pakatan Harapan (PH) berikrar sedia menyediakan pengagihan hak dan tanggungjawab dalam semua bidang dan institusi secara adil dan saksama antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kita akan berunding dalam satu keluarga. Tak payahlah kita membuat slogan ‘Sabah for Sabah’, ‘Sarawak for Sarawak’. Kita hendak ‘Sabah for Malaysia’ dan ‘Malaysia for Sabah’. Dengan ini, kita (Malaysia) akan maju”, kata Najib.

Najib berkata, kerajaan persekutuan tetap menghormati dan menghargai keputusan Sabah yang bersetuju untuk bersama Sarawak dan Semenanjung bergabung membentuk Malaysia.

Katanya, kerajaan persekutuan juga sentiasa berusaha mengurangkan, sekaligus menghapuskan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bagi memastikan pembangunan di kedua-dua negeri itu seimbang dengan negeri lain.

Dalampada itu, PH berkata, semangat persekutuan dalam Perjanjian Malaysia 1963 tidak diiktiraf sepenuhnya sedangkan Perlembagaan Persekutuan memperakui Sabah dan Sarawak ialah wilayah federal yang khas dan merupakan rakan kongsi setara dengan Semenanjung.

Justeru, Pakatan Harapan percaya Sabah dan Sarawak berhak kepada reformasi struktural dan tata kelola baik yang berpaksikan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan supaya segala potensi bumi, sumber dan tenaga dapat dijana dan dikembalikan kepada rakyatnya.

Selain itu Sabah dan Sarawak juga berhak kepada semangat federalisme berasaskan perpaduan dalam kepelbagaian, keadilan, ketelusan dan pertanggungjawaban kata PH.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*