Selepas Amerika Syarikat, Malaysia Bantu Bola Sepak Brazil?

Pada hakikatnya, Datuk Seri Najib Razak mendapat sambutan yang memuaskan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump disamping mendapat pujian atas pendirian mengenai IS.

Dalampada itu, dikatakan Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama .

Namun pehak pehak pembangkang khusus nya PPBM menyindir kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di White House baru-baru ini di mana Malaysia bersedia melibatkan diri dalam pembangunan infrastruktur di Amerika Syarikat.

Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Rais Hussin berkata ia umpama Najib akan ke Brazil dan menawarkan kepakaran bola sepak Malaysia untuk memperbaiki pasukan kebangsaan Brazil.

Selasa lalu dalam pertemuannya dengan Trump, Najib berkata Malaysia sebagai negara yang mengamalkan konsep ekonomi terbuka, menerima dan membuat pelaburan dengan negara luar justeru mahu meningkatkan pelaburan di negara itu melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tindakan ini dijangka membantu usaha membangunkan semula prasarana AS yang menjadi antara bahan kempen Trump pada pilihan raya presiden November lalu.

Najib memberitahu Trump bahawa Malaysia memiliki KWSP, yang merupakan dana pencen utama di Malaysia. Ia memiliki modal yang besar untuk dieksport, ia melabur hampir US$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan ia berhasrat untuk melabur tambahan US$3 bilion hingga US$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana Amerika Syarikat.

Pada pertemuan itu, Trump mengalu-alukan niat Malaysia untuk membeli pesawat Boeing dari AS, manakala Najib turut mengumumkan pembelian pesawat itu akan mencecah RM20 bilion dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Bagaimanapun, Rais mempersoalkan dari mana datangnya dana untuk membeli pesawat Boeing.
Menurutnya, Najib sepatutnya memohon supaya aset berbilion dolar yang dibekukan DoJ diserahkan kembali kepada Malaysia.

Sumber: FMT, Agensi

About Penerbit 836 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*