Rakyat Malaysia Paling Banyak Guna Whatsapp Di Dunia?

Salah satu sebab mengapa Malaysia terkenal di dunia ia lah menurut laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

Laporan itu turut menyebut media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus pengguna, YouTube sebanyak 26 peratus dan 13 peratus, masing-masing bagi WeChat dan Instagram, demekian menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Salleh menambah, laporan itu turut menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita melalui media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).

Selain itu, peranti utama yang digunakan adalah telefon pintar iaitu sebanyak 65 peratus, komputer 45 peratus dan tablet 18 peratus, katanya dalam catatan terbaru di laman blog www.sskeruak.blogspot.my, baru-baru ini.

Salleh berkata, faktor penggunaan internet yang tinggi di negara ini adalah disebabkan Malaysia mempunyai kemudahan dan penembusan internet yang baik.

Bagi peniaga, ia dapat memudahkan mereka memperluas perniagaan masing-masing tanpa memerlukan kos yang tinggi manakala dalam politik, WhatsApp merupakan alat kempen politik yang berkesan dan meluas, kata Salleh.

Bagaimanapun jelas Salleh, penggunaan WhatsApp juga mempunyai keburukan iaitu yang paling ketara apabila ia digunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah hingga boleh menjatuhkan maruah seseorang, apatah lagi jika terdapat ahli kumpulan yang membuat salinan untuk pengguna lain atau menyalin paparan sehingga menjadi tular.
Sumber: BERNAMA, www.sskeruak.blogspot.my, Agensi

About Penerbit 794 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*