David Orok Sekali Lagi Menerangi Dunia Siber Dalam Kontroversi Agama?

David Orok seorang pemimpin Parti Reformasi Sabah (STAR), nampak nya sekali lagi mempertaruhkan nasib beliau dalam isu kontroversi yang mencampuri hal ehwal agama; khusus nya agama Islam kerana sebelum ini David dikatakan telah menghina Nabi Muhammad SAW.
Justeru beliau didenda dan dipenjara dibawah Akta Hasutan.

Akhir-akhir ini David Orok sekali lagi menerangi laman siber bilamana Dewan Pemuda PAS kawasan Kuantan Pahang kelmarin membuat 7 laporan polis terhadap beliau dan seorang peguam berhubung catatan mengenai upacara korban.

Sebelum itu PAS Selangor juga dilapurkan mendesak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap David berserta peguam Siti Kasim kerana mendakwa Tuhan tidak pernah memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya dan Al-Quran tidak pernah menyatakan mimpi itu daripada Tuhan.

Siti Kasim menganggap ibadat korban yang dilakukan umat Islam pada Aidiladha merupakan perbuatan yang boleh merosakkan alam sekitar dan bukannya daripada al-Quran.

Lebih malang lagi bilamana kenyataan Siti Kassim itu mendapat sokongan David Orok, bahkan menuduh Nabi Ismail anak luar nikah kepada Nabi Ibrahim.

Menurut Pas Selangor, kesemua ini boleh ditafsirkan sebagai menentang Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan menentang serta mencabar Yang Di-Pertuan Agong selaku penaung agama Islam bagi Malaysia.

 

Apa kah yang akan berlaku terhadap David Orok selepas ini hanya masa yang akan menentukan?

Sumber: Berita Agensi

About Penerbit 773 Articles
Semboyan Rakyat adalah platform perkongsian visi dan misi. Segala berita dan maklumat terkini akan dikongsikan agar sama-sama mampu memperolehi informasi di dalam dan luar negara. ---->Engineer (Ir) Ajin Gagah, the publisher of Portal News /Blog, ‘Semboyan Rakyat’ is a self-motivated businessman, a truthful genuine leader and a politician----> Graduated from USA in the field of Civil Engineering (major in Transportation). Having both diploma and degree---> Former JKR Kunak District Engineer. Former JKR Kota Belud Divisional Engineer. Former JKR Sabah Senior Assistant Director--->Representing Malaysia in first world youth exchange program in Canada. Representing Malaysia in Road Conference in Turkey (among others). ---->Past Technical Associated Member of Malaysian National Security on Special Target. Ordinary member of American society of Civil Engineering. Ordinary member of Malaysian Board of Engineer---->Married with four Children. Contested for the Tuaran P.170 Parliamentary seats in 2008 general elections (GE 12) on independent ticket and lost. ----->MISSION: To assist in assurance that Malaysia is moving toward in the right direction; safe and prosperous.----->VISION: Hoping to see that one day the people in my District and the rest of Sabah will have a decent life and a better future than what they have now.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*